PMX umum RM10 juta tambahan untuk bantu mangsa banjir Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap kesan banjir besar yang sedang melanda Sabah dan mengumumkan peruntukan tambahan segera RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa terjejas.

Beliau berkata, selain peruntukan RM11 juta yang telah disalurkan melalui Kerajaan Negeri, dana baharu itu akan digunakan untuk membaik pulih kemudahan asas serta diagihkan terus kepada keluarga mangsa.

“Saya sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini. 

“Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan.

“Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Anwar berkata kerajaan akan memastikan setiap keluarga yang terkesan menerima bantuan segera tanpa tertangguh, selain menyeru semua pihak berganding bahu membantu rakyat yang berdepan musibah.

“Ini masa untuk menzahirkan semangat kebersamaan, kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini. 

“Kerajaan MADANI akan memastikan setiap keluarga yang terkesan untuk segera menerima bantuan,” katanya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET