Banjir Sabah: 863 penduduk terjejas, 11 PPS dibuka

KOTA KINABALU – Seramai 863 penduduk daripada 220 keluarga di enam daerah terjejas akibat banjir di Sabah setakat pukul 4 petang ini.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Penampang kekal mencatat jumlah tertinggi dengan 425 mangsa daripada 100 keluarga melibatkan 22 kampung yang terjejas, manakala di Membakut jumlah mangsa meningkat kepada 202 orang daripada 54 keluarga membabitkan lima kampung.

Beaufort pula merekodkan 177 mangsa daripada 55 keluarga dengan lapan kampung terkesan, sementara Tawau merekodkan 59 mangsa daripada 11 keluarga melibatkan sebuah kampung.

Maklumat bagi daerah Papar dan Putatan masih dikemas kini.

Secara keseluruhan, 11 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka setakat ini di enam daerah yang terjejas.

Jumlah mangsa di beberapa daerah termasuk Penampang dan Membakut menunjukkan trend peningkatan, manakala di Beaufort dan Tawau kekal tidak berubah.

Kerja-kerja pemantauan dan pemindahan masih giat dijalankan di lokasi berisiko.

Semua agensi terlibat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta pasukan keselamatan lain digerakkan sepenuhnya bagi memastikan keselamatan penduduk.

Related Posts

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

SHAH ALAM – Penggunaan istilah ‘Guru’ dan ‘Slayyy’ antara yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook malam tadi, dipercayai membalas secara berseloroh sindiran Timbalannya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

PENEGASAN Perdana Menteri supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diangkat sebagai sebahagian daripada naratif nasional perlu dilihat sebagai peluang untuk menilai semula kefahaman rakyat terhadap sejarah, asas pembentukan dan makna Malaysia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude