MCMC sentiasa pantau fitnah berkait prosiding inkues Zara Qairina di media sosial

SEBERANG PERAI – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sentiasa memantau kenyataan fitnah berhubung prosiding inkues Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang tular di media sosial.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak terbabit sekiranya cuba mengganggu sepanjang proses inkues itu dijalankan.

“Sekiranya ada apa-apa kenyataan yang dibuat yang mungkin menyimpang daripada fakta ataupun menokok tambah ataupun cuba mengganggu proses, di pihak kerajaan kita menghormati proses itu dan ada tindakan-tindakan yang boleh diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir meninjau pelaksanaan Program Bantuan Sara di sebuah pasar raya mini di Kubang Semang, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Fahmi berkata, baru-baru ini Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan berhubung seorang individu yang telah mengeluarkan fitnah berkaitan proses inkues kematian Zara.

“Individu tersebut telah diserahkan notis tunjuk sebab sebelum tindakan sub judice, dibawa ke mahkamah.

“Jika pihak Peguam Negara merasakan ada keperluan untuk individu itu dihadapkan ke mahkamah, dia boleh didakwa atas tuduhan menghina mahkamah. Itu satu perkara yang perlu dilakukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga mengambil maklum berkaitan permohonan ibu Zara supaya semua bentuk perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti dihentikan sementara sehingga prosiding inkues selesai.

Semalam, media melaporkan pasukan peguam mewakili ibu Allahyarham Zara, Noraidah Lamat memohon semua perhimpunan aman ditangguhkan buat sementara waktu sehingga prosiding inkues kematian remaja berkenaan selesai sepenuhnya.

Related Posts

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

VETERAN PKR, Tian Chua berharap dapat kembali menjadi Ahli Parlimen dan terbuka untuk bertanding semula di Parlimen Batu, dengan menyatakan beliau mempunyai sokongan kuat daripada pengundi di situ. Bagaimanapun, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu