Bencana alam, menara runtuh punca gangguan bekalan elektrik di pantai timur Sabah

KOTA KINABALU – Bencana alam yang melanda pantai barat Sabah sejak beberapa hari lalu  mengakibatkan kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Penampang, sehingga menumbangkan sebuah tiang menara penghantaran milik Sabah Electricity (SE).

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, menara di Kampung Sarapong itu tumbang  kira-kira pukul 5.05 petang pada Sabtu.

Jelasnya, talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud menyebabkan gangguan bekalan elektrik ke beberapa daerah di pantai timur Sabah termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Tawau.

“Hampir 230,000 pengguna terjejas akibat insiden itu.

“Pasukan teknikal  (SE) meredah hutan dan bukit selama hampir tujuh jam sebelum menemui punca gangguan pada pukul 1 pagi. 

“Menara ini amat penting kerana menyalurkan bekalan elektrik sebanyak 260 megawatt (MW) ke Pantai Timur,” katanya dalam sidang media di Sabah Air Terminal Tanjung Aru, selepas meninjau lokasi kejadian melalui udara, pada Ahad.

Dalam pada itu, langkah-langkah utama sedang diambil bagi memulihkan bekalan antaranya ialah melakukan pintasan talian melalui talian Kimanis ke Sagulid, mendirikan menara kecemasan dan pembinaan menara kekal.

“Kerja-kerja pintasan talian akan mengambil masa dalam dua hari. 

“Namun begitu, sekitar 70,000 pengguna akan terjejas semasa waktu punca. 

“Sebelum talian dipulihkan kita akan laksanakan catuan bekalan secara berjadual.

“Selain itu, kami juga akan mendirikan menara kecemasan yang mengambil masa dalam masa lapan hari tetapi tidak akan melibatkan catuan bekalan  elektrik,” jelasnya.

Tambah Mohd Yaakob, bagi memastikan bekalan segera dipulihkan, Sabah Electicity mengambil langkah memecahkan grid kepada dua bahagian kecil yang dipanggil sebagai ‘island’.

“Kita pecahkan grid kepada dua iaitu ‘island’ Sandakan, yang merangkumi Sandakan, Beluran dan Kinabatangan dan sekitarnya.

“Bagi ‘island’ Tawau yang meliputi Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak. 

“Bekalan dipulihkan melalui stesen jana kuasa tempatan dan ‘Independent Power Producer’ (IPP), namun kapasiti masih terhad dan memerlukan catuan bekalan secara berjadual,” ujarnya.

Mohd Yaakob turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri, agensi kerajaan serta pengguna yang memahami keadaan ini, memandangkan gangguan bekalan berpunca daripada bencana alam yang tidak dapat dielakkan.

Related Posts

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KULIM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal pentadbiran sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KUCHING – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah mengedarkan sebanyak 200 bungkusan barangan penajaan dan bahan promosi Hari Malaysia 2026 kepada orang awam di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

  • By Fatin
  • September 13, 2026
Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

48 jurutera empat negara bina kemudahan Klinik Kesihatan Telipok

  • By Ezmie
  • September 13, 2026
48 jurutera empat negara bina kemudahan Klinik Kesihatan Telipok

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng