Perak mohon urusan tanah bagi penubuhan NATC di Sungkai disegerakan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempercepatkan proses pemindahan tanah milik Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Sungkai bagi merealisasikan penubuhan Pusat Pengujian Automotif Kebangsaan (NATC).

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu telah dibangkitkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pelancaran kilang kereta elektrik (EV) PROTON di Tanjung Malim awal bulan lalu.

“Tanah berkenaan bukan milik Kerajaan Negeri tetapi kepunyaan Kerajaan Persekutuan atas nama MINDEF.

“Saya telah memohon supaya Perdana Menteri membantu mencari jalan persetujuan antara MINDEF dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi membolehkan tanah itu dipindah milik atau ditukar ganti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan KLK TechPark@Tanjong Malim di Wisma Taiko, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang serta Pengerusi Eksekutif KLK, Tan Sri Lee Oi Hian.

Saarani menegaskan penubuhan NATC penting sebagai pemangkin kepada pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) Tanjung Malim, seterusnya menjadikan kawasan selatan Perak seperti Sungkai dan Tanjung Malim sebagai hab automotif negeri.

“Jika pembangunan NATC dapat direalisasikan, ia akan menarik lebih banyak pelaburan industri automotif ke Perak,” jelasnya.

Menurut beliau, dalam misi pelaburan ke Eropah pada Mei lalu, kerajaan negeri berjaya menarik pelaburan bernilai RM450 juta merangkumi pelbagai industri termasuk automotif.

Lawatan delegasi Kerajaan Negeri yang diketuai beliau ke Horiba MIRA di Leicester, United Kingdom (syarikat penyelidikan dan pengujian teknologi automotif terkemuka) membuka peluang kerjasama bagi menubuhkan NATC di Sungkai bersama AHTV dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

“Apabila gergasi pengeluaran kereta EV dunia memilih Perak untuk melabur, ia mencerminkan keyakinan global terhadap kita.

“Semoga pembangunan KLK TechPark ini akan membuka pintu kepada masa depan negeri yang maju dan makmur.

“Selain dapat memperkukuh lagi daya saing Perak dan Malaysia di persada global,” katanya.

Related Posts

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Oleh: Eveline B & Nana Mohamad SIBU – Pendidikan kesihatan perlu dipupuk sejak usia muda bagi membentuk generasi yang berilmu serta mengamalkan budaya hidup sihat sehingga ke alam dewasa. Penolong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

TAPAH – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditembak ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor, pada petang Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 6.08 petang itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar