Pegawai daerah, penolong diseru perkukuh peranan penghubung kerajaan dan rakyat

KOTA KINABALU – Semua pegawai daerah dan penolong pegawai daerah digesa terus memperkukuh peranan sebagai penghubung utama antara kerajaan dan rakyat dalam merealisasikan agenda pembangunan menyeluruh menerusi Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pegawai daerah bukan hanya sebagai pelaksana projek tetapi turut menjelaskan pencapaian kerajaan Sabah kepada rakyat di daerah masing-masing.

“Saya bukan bercakap kosong. Banyak pencapaian yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Fakta dan data ada.

“Pegawai daerah perlu bantu perjelaskan semua ini kepada rakyat,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah Kali Ke-28 Tahun 2025, di sini, pada Khamis.

Menurut Hajiji, sektor pendidikan dan pembangunan modal insan menerima perhatian utama sepanjang pentadbirannya dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion dalam tempoh empat tahun sejak memegang jawatan Ketua Menteri.

“Kita tahu ramai anak-anak Sabah dari keluarga susah tapi punya keputusan cemerlang. Sebab itu kita tubuh Tabung Pendidikan Negeri kerana biasiswa dan pinjaman sahaja tidak cukup dan dana itu dinaikkan dari RM50 juta kepada RM138 juta yang dapat membantu 10,000 pelajar membayar yuran pengajian mereka sebelum mendapat biasiswa atau pinjaman.

“Selain itu bantuan RM200 kepada 40,000 pelajar Tingkatan 5 setiap tahun sebelum peperiksaan, bantuan RM300 seorang kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Sabah untuk pulang semasa perayaan.

“Seterusnya subsidi tiket penerbangan RM600 dan bantuan RM2,000 secara one-off kepada pelajar baharu yang tidak berkemampuan,” katanya.

Dalam pada itu,, Hajiji turut menekankan pentingnya integriti dan profesionalisme dalam perkhidmatan awam serta menggesa agar karenah birokrasi dihapuskan kerana ia menjejaskan pembangunan dan menimbulkan ketidakpuasan rakyat.

“Setiap keputusan mesti berlandaskan keadilan, ketelusan dan tanggungjawab. Rakyat kini lebih bijak menilai hasil kerja kita,” ujarnya.

Related Posts

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri komited memperkukuh agenda pembangunan rendah karbon sebagai strategi utama memacu pertumbuhan ekonomi mampan, meningkatkan daya tahan negeri dan menarik lebih banyak pelaburan berkualiti selaras dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

SEBERANG PERAI – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan aktiviti penjajaan dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekolah di seluruh Seberang Perai bermula tahun depan. Datuk Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

Pergolakan PN makin jelas, Pas dan Bersatu umum calon berasingan malam ini

Pergolakan PN makin jelas, Pas dan Bersatu umum calon berasingan malam ini