Inkues Zara: Saya tak tahu sebarang VVIP atau pihak ketiga dalam kes ini – Dr Jessie

KOTA KINABALU – “Saya tidak tahu mengenai sebarang VVIP atau pihak ketiga dalam kes ini,” demikian kata Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu ketika memberi keterangan pada prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pihak berkepentingan, peguam Datuk Ram Singh sama ada jawapan Dr Jessie terkesan dengan dakwaan mengenai pengaruh pihak tertentu.

“Jawapan kamu ini tidak dipengaruhi atau terkesan sama sekali oleh dakwaan mengenai VVIP atau pihak ketiga, maksudnya hanya berdasarkan kepakaran?” soal Ram kepada Jessie.

Jawab Dr Jessie, beliau tidak mengetahui sebarang VVIP atau penglibatan pihak luar.

Ram turut bertanya sama ada kesimpulannya selepas simulasi lawatan lokasi (locus in quo) adalah berdasarkan bukti perubatan serta kepakarannya sendiri sebagai pakar patologi forensik.

“Betulkah saya katakan, selepas locus in quo menggunakan beberapa patung ‘mannequin’ dan demonstrasi, penemuan serta kesimpulan kamu adalah semata-mata berdasarkan bukti perubatan dan kepakaran kamu sebagai pakar patologi forensik?” soal Ram.

“Ya,” jawab Dr Jessie ringkas.

Terdahulu, Dr Jessie yang merupakan saksi pertama prosiding dipanggil semula bagi menyambung keterangan berkaitan simulasi jatuhan pada lawatan lokasi (locus in quo) yang diadakan pagi tadi di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Kinarut.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu