Dipercayai hina mahkamah, AGC serah notis tunjuk sebab kepada Mona Din

KOTA KINABALU – Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Rabu menyerahkan Notis Untuk Tunjuk Sebab kepada Che Muna Din atas kenyataan dipercayai menghina mahkamah yang dimuat naik menggunakan akaun Facebook ‘Mona Din’ berkaitan prosiding inkues Zara Qairina Mahathir, 4 September lalu. 

AGC berkata, penghantaran notis itu selaras dengan Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan merupakan sebahagian daripada prosedur yang perlu dipatuhi bagi memulakan prosiding pengkomitan kerana menghina mahkamah.

“Daripada penelitian Jabatan ini didapati hantaran yang telah dimuat naik oleh Che Muna Din yang antara lain mempertikaikan keterangan saksi pakar iaitu Dr Jessie Hiu, Pakar Patalogi Forensik di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu berpotensi untuk mempengaruhi pandangan awam serta mengganggu perjalanan prosiding Inkues yang sedang dijalankan.

“Jabatan ini juga ingin memaklumkan bahawa pertuduhan jenayah terhadap beberapa individu lain yang telah membuat kenyataan berkaitan dengan kes melibatkan Zara Qairina binti Mahathir yang berpotensi mengganggu perjalanan prosiding Inkues akan dikemukakan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Tegas AGC, pihaknya memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses keadilan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.

Sehubungan itu, AGC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik, mengulas atau menyebarkan sebarang hantaran yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu