30,000 penagih ‘selamat’, ganja RM76,000 dicampak ke laut

KANGAR – Lebih 30,000 penagih ‘selamat’ daripada bekalan ganja selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas 15 kilogram dadah itu di perairan Sanglang awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, operasi jam 4.50 pagi itu hasil risikan lebih dua bulan Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis selain rondaan rutin Operasi AMAN.

“Anggota kami mengesan sebuah bot enjin berkuasa tinggi dalam keadaan mencurigakan sebelum ia memecut laju dan membuang beberapa objek ke laut.

“Bot berkenaan dinaiki dua individu cuba menukar haluan ke pesisir pantai namun berjaya meloloskan diri ke arah perairan Kedah selepas menyedari kehadiran bot ronda Maritim,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui sekarung guni putih berisi 14 ketulan mampat daun kering disyaki ganja dengan nilai hampir RM76,000.

“Rampasan ini dipercayai mampu menampung kegunaan lebih 30,000 penagih dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ini merupakan rampasan kedua tahun ini bagi Zon Maritim Kuala Perlis selepas kejayaan sama pada Julai lalu,” jelas Romli.

Maritim Malaysia menyeru orang ramai khususnya komuniti nelayan agar menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti penyeludupan dadah atau ketum.

Aduan boleh dibuat melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 dan 04-9851162 untuk tindakan segera.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali