Polis siasat ugutan bakar fasiliti LNG Bintulu

BINTULU – Polis Sarawak mengesahkan menerima laporan berhubung ugutan keselamatan terhadap fasiliti gas asli cecair (LNG) di Bintulu yang dihantar melalui pesanan mesej ringkas menggunakan nombor telefon berdaftar di Indonesia.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mancha Ata berkata, identiti individu yang membuat ugutan itu masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan.

“Ancaman ini dipandang serius kerana kemudahan LNG di Bintulu merupakan antara aset strategik negara. Buat masa ini, kawalan keselamatan di kawasan berkenaan telah dipertingkatkan ke tahap tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Beliau menegaskan, meskipun terdapat ugutan, keadaan semasa di Bintulu masih terkawal dan orang ramai tidak perlu panik.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304,” jelasnya.

Polis turut memberi jaminan akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan awam serta aset negara terjamin.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar