Curi kabel TM: Mekanik, penghantar barang didenda RM6,000

KANGAR – Tindakan dua lelaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Taman Kemajuan di sini akhirnya membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kangar hari ini.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Mohd Firdaus Maula, 31, seorang penghantar barang, dan mekanik, Mohd. Hasrul Akmal, 28, mengaku salah terhadap pertuduhan dibacakan.

Prosiding dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Azmi manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Ayuni Ahmad dan Muhamad Amirul Mansor.

Menurut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 3.31 pagi, 6 September lalu di Lorong Maju 3, Taman Kemajuan, Kangar.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam rayuan, Nur Ayuni yang mewakili tertuduh pertama berkata anak guamnya masih bujang, tinggal bersama ibu bapa serta menanggung mereka selain bekerja sebagai penghantar barang dengan pendapatan sederhana.

“Pengakuan salah ini juga menjimatkan masa dan kos mahkamah,” katanya ketika prosiding.

Sementara itu, Muhamad Amirul yang mewakili tertuduh kedua pula memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya berpendapatan tidak menentu sebagai mekanik dan turut menanggung kedua ibu bapanya yang sudah tua.

Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah akhirnya memerintahkan setiap tertuduh membayar denda RM6,000 dan jika gagal, mereka akan dipenjara 12 bulan.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung