Malaysia, negara ASEAN sedia timbang nuklear sumber tenaga baharu

PUTRAJAYA – Beberapa negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia secara asasnya bersetuju menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga baharu di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, negara jiran yang mempertimbangkan penggunaan tenaga baharu itu adalah Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Thailand.

“Dalam usaha memastikan pembangunan ekonomi negara, bekalan tenaga kepada industri, terutamanya ekonomi digital seperti kecerdasan buatan (AI) dan pusat data yang menggunakan tenaga, kita perlu memastikan bekalan tenaga yang terjamin.

“Maka kerajaan kini turut mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumbernya.

“Baru-baru ini di Korea Selatan, dalam Mesyuarat Menteri Tenaga Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) turut dipersetujui nuklear adalah satu daripada pilihan bagi negara-negara APEC untuk memastikan bekalan tenaga bersih,” katanya seperti dilapor Bernama.

Dalam aspek keselamatan di rantau Asia, Fadillah berkata, kebanyakan loji tenaga nuklear daripada generasi kedua hingga generasi ketiga berkembang dengan baik dari segi teknologi dan keselamatan, alam sekitar serta penerimaan masyarakat dunia.

“Di peringkat rantau Asia, beberapa negara juga sudah bersetuju menilai penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga termasuklah Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Thailand.

“Pada asasnya, mereka memutuskan untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber mereka,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, agensi di bawah PETRA – MyPower – sudah diberi peranan melaksanakan kajian penggunaan tenaga nuklear, namun penggunaan tenaga itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok