Inkues Zara: Buku ‘W3’ ditulis 2 individu, dedah pakar Jabatan Kimia

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner diberitahu bahawa sebuah buku yang ditanda sebagai ‘W3’ mengandungi dua jenis tulisan tangan berbeza yang ditulis oleh dua individu.

Pemeriksa Dokumen Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh berkata, muka surat pertama buku itu jelas menunjukkan adanya dua gaya tulisan berbeza selain turut memaparkan dua nama sebagai pemilik.

“Ada dua gaya tulisan yang berbeza (di muka pertama buku itu).

“Ada dua nama sebagai pemilik di muka surat berkenaan,” katanya ketika menyambung keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada prosiding inkues petang Isnin.

Pendedahan itu dibuat selepas beliau ditanya Pegawai Pengendali Inkues, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dana Arabi Wazani sama ada buku berkenaan ditulis oleh lebih daripada seorang penulis.

Saksi kedua inkues kematian Allahyarham Zara Qairina itu turut menjelaskan, tulisan dalam buku tersebut ditulis secara bersilih ganti oleh dua penulis pada tarikh berbeza.

Menurutnya, tulisan tangan yang dipertikaikan pada buku W3 di muka surat tiga hingga enam, 15 hingga 24, 38 hingga 45, 47 hingga 57, 65 hingga 72 dan 90 hingga 103 menunjukkan persamaan ketara dengan tulisan tangan contoh ditanda sebagai ‘SA’.

“Sehubungan itu, saya berpendapat bahawa tulisan tangan yang dipertikaikan adalah ditulis oleh penulis contoh.

“Tulisan tangan yang dipertikaikan dalam W3 pada muka surat 2, 7 hingga 14, 25 hingga 37, 46, 58 hingga 64 dan 73 hingga 89 menunjukkan perbezaan ketara dalam ciri-ciri tulisan tangan daripada tulisan tangan contoh ‘SA’.

“Oleh itu, saya berpendapat bahawa tulisan tangan yang dipertikaikan bukan ditulis oleh penulis contoh,” katanya.

Nurul Atiqah menjelaskan, perbandingan itu dibuat berdasarkan tulisan tangan contoh atas nama Zara Qairina Mahathir yang diperoleh daripada sebuah buku latihan dan dua buku teks sekolah.

Secara keseluruhan, beliau memeriksa 15 helaian kertas, empat buku nota dan dua buku teks yang mengandungi tulisan tangan bagi menentukan sama ada ia milik Allahyarhamah Zara Qairina atau sebaliknya.

Nurul Atiqah, yang bertugas sebagai Pemeriksa Dokumen di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, mempunyai pengalaman kerja selama 21 tahun sebagai pegawai sains.

Tugasnya termasuk menerima kes, menyediakan laporan kimia dan menjalankan pemeriksaan ke atas dokumen yang dipertikaikan, melibatkan tandatangan, tulisan tangan, tulisan taip, pindaan, proses percetakan, kertas dan dakwat.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan