PDM Gudang Rasau semarak sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

KUANTAN – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia disemarakkan lagi dengan penganjuran program ‘Bual Bicara Perjuangan Mat Kilau’ oleh Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gudang Rasau, dekat sini.

Program bual bicara itu menampilkan cicit kepada pahlawan Pahang berkenaan, cikgu Alhamadi Abu Bakar.

Pembantu Penyelaras DUN Pulau Manis, Dr Boi Saidi Abd Razak berkata, program berkenaan dianjurkan bagi mengenang kembali semangat perjuangan pahlawan tanah air dalam menentang penjajah.

“Kita bertuah kerana dapat bersama cucu kepada seorang tokoh berjasa dalam membebaskan negeri Pahang khasnya, dan negara secara amnya daripada penjajahan.

“Secara tidak langsung kita dapat meningkatkan rasa kasih dan sayang kepada tanah air selain memantapkan lagi hubungan antara komuniti,” katanya.

Program itu diadakan di Dewan Komuniti Inderasempurna, dekat sini.

Penganjuran program itu mendapat sokongan penuh daripada penduduk dari Taman Inderasempurna Fasa 1 dan 2, Kampung Seri Melati dan Gudang Rasau selaku tuan rumah.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Rahimi Abdul Samad dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed.

Pada majlis sama, Rahimi menyampaikan cek sumbangan kerajaan Pahang kepada Jawatankuasa Kemakmuran dan Keselamatan Kampung Kampung Padang Jaya, Persatuan Taekwando Negeri Pahang dan Pusat Tahfiz Putra.

Selain bual bicara, program turut dimeriahkan dengan penampilan bekas juara dunia silat, Master Ruzaidi Abd Rahman, pertunjukan seni silat gayung dan persembahan dikir barat.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan