Kerajaan Johor jamin manfaat JS-SEZ untuk semua rakyat – MB

KERAJAAN Negeri Johor memberi jaminan bahawa hasil pendapatan daripada pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dimanfaatkan oleh seluruh rakyat negeri ini, dan bukan hanya tertumpu di kawasan sekitar zon berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, setiap hasil yang diperoleh daripada pembangunan JS-SEZ akan disalurkan menerusi pelbagai insentif yang dirancang kerajaan negeri agar dapat dinikmati rakyat di semua daerah.

Onn Hafiz yakin perkara itu mampu direalisasikan berikutan aktiviti ekonomi dijangka semakin rancak dengan kewujudan zon berkenaan sekali gus berpotensi menjana pendapatan lumayan kepada negeri.

“Kita lihat kepimpinan Kerajaan Negeri kini memberikan tumpuan kepada aktiviti di JS-SEZ. Pada masa sama, rakyat juga dimaklumkan yang kita (kerajaan negeri) akan memperoleh hasil banyak daripadanya.

“Jadi, apabila hasil negeri dapat ditingkatkan… Kerajaan Negeri akan salurkannya untuk pembangunan yang menyeluruh,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Orang Johor (JOJ)@Daerah Kluang di TMIYC Renggam, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Mohd Hairi Md Shah serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Lee Ting Han.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri yakin dapat mencapai kutipan hasil berjumlah RM2.5 bilion menjelang akhir tahun ini.

“Peningkatan daripada RM2.1 bilion yang diraih tahun lepas bukan hanya dilihat pada nilai angka semata-mata, sebaliknya kita akan terus komited untuk menterjemahkannya dengan merangka pelbagai inisiatif baharu,” katanya.

Onn Hafiz turut menegaskan bahawa aspek ilmu dan pendidikan perlu sentiasa diberi penekanan dalam usaha membangunkan Johor agar seiring dengan kepesatan pembangunan serta kemajuan yang sedang berlaku di negeri ini.

Related Posts

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

KUCHING – Usaha memartabatkan seni warisan bangsa terus diperkasa menerusi penganjuran Pesta Pantun Negeri Sarawak (Pesantun) 2026 yang memfokuskan penyertaan dalam kalangan penjawat awam persekutuan dan negeri di wilayah ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

KUANTAN – Tindakan sepasang suami isteri warga emas menyembunyikan ketagihan dadah kira-kira 30 tahun lalu akhirnya terbongkar selepas ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kediaman mereka di Jalan Gambang, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat