UMNO perlu jadi parti pembina negara

KUALA LUMPUR – UMNO perlu kembali menampilkan diri sebagai parti yang mampu membina masa depan negara, bukan hanya fokus untuk memenangi pilihan raya.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Mustaqim Zakaria berkata, peranan itu perlu diterjemahkan melalui tawaran penyelesaian sebenar kepada rakyat, bukan sekadar kritikan terhadap kerajaan.

“UMNO perlu menjadi kerajaan untuk membina masa depan, bukan semata-mata untuk menang pilihan raya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026 di WTC, hari ini.

Mustaqim berkata, pembangunan negara harus dilihat lebih besar daripada projek mega, termasuk pembinaan infrastruktur, penciptaan peluang ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat.

Mengulas lanjut, beliau mengambil contoh projek Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL sebagai mercu tanda transformasi ekonomi yang mampu menghubungkan bandar, luar bandar, industri dan pelabuhan.

Mustaqim turut mengaitkan transformasi itu dengan kepimpinan terdahulu UMNO dan Barisan Nasional yang diterajui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut menyifatkan ketiadaan Najib dalam perhimpunan itu berpunca daripada ‘politik dendam’ yang menurutnya telah membantutkan transformasi negara.

Dalam masa sama, beliau menegaskan UMNO perlu kembali menangani isu utama rakyat seperti kos sara hidup, kenaikan harga barang, kos perniagaan dan beban utiliti.

“Pembangunan tidak boleh diukur dengan angka pertumbuhan semata. Ia mesti dirasai oleh rakyat, peniaga kecil dan keluarga di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, UMNO bukan sahaja tahu memimpin kerajaan, tetapi mempunyai pengalaman membina negara yang perlu diteruskan generasi baharu.

Related Posts

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

KUALA LUMPUR –  Wanita UMNO mahu semangat yang dicetuskan dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2026 diterjemahkan kepada gerak kerja di lapangan, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan seterusnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi isyarat jelas bahawa sayap itu sudah bersedia untuk ‘berperang’ menentang Pakatan Harapan (PH) di kesemua 28 kerusi Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Beri ruang, peluang lebih ramai Puteri UMNO digilap jadi wakil rakyat 

Beri ruang, peluang lebih ramai Puteri UMNO digilap jadi wakil rakyat 

Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas

Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas