TikTok culas, banyak kandungan tidak diturunkan walau ditegur kerajaan – Fahmi

PUTRAJAYA – Sebanyak 76,002 kandungan diturunkan dari platform media sosial, TikTok dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, terdapat 10,730 kandungan lagi yang diminta untuk diturunkan pihak kementerian tidak dipatuhi pengendali laman sosial itu.

“Ini bermaksud peratusan penurunan adalah 86 peratus, dan penting saya terangkan bahawa tindakan menurunkan dilakukan platform itu sendiri berdasarkan garis panduan mereka terbitkan.

“Jadi, walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta platform menurunkan sesebuah kandungan, namun ia (diturunkan) berdasarkan garis panduan komuniti platform terbabit.

“Sekiranya platform berpendapat – berdasarkan aspek undang-undang dan perundangan – bahawa ia tidak melanggar ‘community guideline’ atau garis panduan komuniti, maka kandungan berkenaan tidak diturunkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Fahmi menjelaskan, pelbagai isu berbangkit membabitkan platform itu dibincangkan menerusi perjumpaan berkenaan khususnya kes jenayah siber dan buli siber kerana platform itu dilihat tidak proaktif bagi membendung masalah terbabit.

Katanya, beliau dimaklumkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat sejumlah kertas siasatan dibuka membabitkan platform TikTok.

“Pihak TikTok sangat culas, sangat lewat memberikan maklumat untuk mengatasi masalah ‘scam’ bila ia berlaku.

“Jadi kita serahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta MCMC bagi meletakkan perkara untuk diutamakan pihak TikTok supaya kita dapat segera selesaikan masalah ini,” katanya.

Menurutnya, pihak kerajaan setakat ini tidak bercadang mengenakan tindakan sekatan ke atas platform berkenaan kerana aplikasi itu juga banyak memberi manfaat, termasuk pendapatan tambahan kepada masyarakat.

Justeru, isu sebenar yang perlu diberi perhatian adalah berhubung masalah penipuan dan buli siber serta pematuhan pihak TikTok kepada undang-undang negara.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa