MAHB laksana latihan bencana udara skala penuh di KKIA, tingkatkan kesiapsiagaan kecemasan

KOTA KINABALU – Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mengadakan latihan amali bencana udara skala penuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan kecemasan melibatkan pesawat udara di sini pada Khamis.

Pengurus Airport Fire and Rescue Service (AFRS) KKIA, Khairul Nizam Ahmad Nazarudin berkata, latihan ini melibat seramai 457 orang peserta dan pelbagai agensi.

Antara agensi yang terlibat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines dan AirAsia.

“Latihan berskala besar ini dilaksanakan mengikut ketetapan Civil Aviation Directive Volume 1 bagi memastikan tahap keselamatan lapangan terbang.

“Lapangan terbang ini adalah kawasan sasaran penting dan kita memastikan semua agensi ini faham dan bagaimana untuk menyelamatkan mangsa-mangsa bencana udara,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan itu.

Katanya, kira-kira 30 aset daripada pelbagai agensi digerakkan dalam simulasi kali ini, termasuk penyertaan pasukan tentera.

Dalam simulasi itu, ia melibatkan latihan menyelamatkan mangsa nahas pesawat yang terhempas akibat terlanggar sekumpulan burung lalu terbakar.

Jelasnya, seramai 113 pelajar Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) turut bertindak sebagai ‘mangsa’ dalam simulasi nahas udara bagi memberikan gambaran situasi kecemasan yang lebih realistik.

Sementara itu, Michiko Clarissa Jaslen yang merupakan pelajar ILKKM yang bertindak sebagai mangsa semasa latihan itu menyifatkan penglibatannya sebagai pengalaman berharga.

“Saya seronok dapat melihat sendiri keadaan ini sekali gus belajar yang mana penglibatan semua agensi dalam menyelamatkan mangsa ketika kecemasan adalah sangat penting,” katanya.

Michiko berkata, latihan ini sedikit sebanyak memberinya bayangan mengenai tindakan yang perlu diambil jika benar-benar berlaku kecemasan di lapangan terbang.

Tambahnya, simulasi ini juga sangat menarik kerana dia dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan