Bomba tangkap anak buaya di Tapak Kaul Mukah

MUKAH — Seekor anak buaya sepanjang kira-kira tiga kaki berjaya ditangkap anggota bomba selepas ditemui di sebuah parit di Tapak Kaul Mukah pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah digerakkan ke lokasi.

Setibanya di kawasan berkenaan, komander operasi PBK I Stephen Plan bersama pasukannya bertindak menangkap reptilia itu menggunakan tali. Operasi tamat pada jam 7.29 pagi selepas buaya tersebut berjaya dikawal.

“Buaya berkenaan akan diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut,” jelas kenyataan itu.

Seramai enam anggota dengan kekuatan sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS terlibat dalam operasi berkenaan. Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama