Ucapan berbaur hasutan, 3 laporan polis dibuat di Lahad Datu, Sandakan

SANDAKAN – Tiga laporan polis iaitu dua di Lahad Datu dan satu Sandakan dibuat pada Isnin dan Selasa berhubung ucapan seorang wanita yang dipercayai berbaur hasutan semasa program Himpunan Solidariti Rakyat Justice For Zara di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Tawau, baru-baru ini.

Dua laporan polis di Lahad Datu dibuat Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tungku dan Segama manakala di Sandakan dibuat Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub.

Amirshah berkata, ucapan tersebut tidak wajar kerana ditujukan kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu mengelakkan sebarang tindakan atau ucapan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

“Dalam memperjuangkan solidariti, biarlah kita bertindak dengan bijaksana dan berhemah dan dalam menuntut keadilan, janganlah kita mengabaikan prinsip keadilan itu sendiri,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Justeru, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga kestabilan serta kehormatan institusi negeri ini.


Related Posts

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

KUCHING – Seramai 62 peserta sayap Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyertai Program Cakna Demokrasi Petra Jaya bagi memperkukuh kefahaman kepemimpinan pada Sabtu lalu. Peserta yang mewakili PBB…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertindak merobohkan struktur binaan berserta tapak pelupusan sampah haram di kawasan rizab jalan Estet Perindustrian Eastwood pada Selasa. MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental