Bapa Zara berhak ikuti inkues anak, dapat fakta sebenar – Peguam

KOTA KINABALU – Bapa kepada Allahyarhamah Zara Qairina iaitu Mahathir Hashim@Marikin mempunyai hak penuh sebagai bapa kandung untuk hadir dan mengikuti prosiding inkues kes kematian anaknya.

Peguamnya, Sherzali Asli berkata, ini juga adalah satu proses untuk mendapatkan fakta sebenar kerana sebelum ini Mahathir hanya mendapat maklumat menerusi media sosial.

“Secara jelas, sebagai bapa kandung beliau mempunyai hak sepenuhnya untuk hadir dan berada di mahkamah dan atas sebab itu saya bersama Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad berada dalam prosiding ini.

“Benar, kami kini menjadi pihak berkepentingan dalam inkues ini,” katanya dalam sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini, pada Rabu.

Ketika ditanya mengenai status hubungan antara ayah dan ibu Zara, Sherzali enggan mengulas lanjut kerana menyifatkannya sebagai isu peribadi.

“Apa yang boleh saya kongsikan, mereka masih sah berkahwin tetapi berpisah,” katanya.

Mengulas kehadiran anak guamnya pada setiap prosiding inkues, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada keputusan peribadi bapa Zara sendiri.

“Itu terpulang kepada beliau sama ada beliau ingin hadir sendiri atau tidak, ia adalah keputusan beliau. Perkara ini boleh menjadi sangat emosional buat dirinya, jadi kami juga tidak pasti,” ujarnya.

Sherzali turut menegaskan bahawa bapa Zara bukan salah seorang deponen dalam prosiding inkues berkenaan.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit