United beli Lammens ganti Onana

MANCHESTER United dilaporkan sudah mencapai persetujuan untuk mendapatkan penjaga gol muda Belgium, Senne Lammens dari Royal Antwerp dengan kontrak lima tahun bernilai 18.1 juta pound (RM103 juta) termasuk bayaran tambahan.

Menurut laporan media Britain, penjaga gol berusia 23 tahun itu dianggap prospek berbakat dan berpotensi mengambil alih posisi utama di Old Trafford dengan menyingkirkan Andre Onana serta Altay Bayindir yang masing-masing berdepan prestasi hambar musim ini.

United sebelum ini turut dikaitkan dengan penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez bagi mengatasi krisis di benteng terakhir mereka.

Aksi goyah benteng terakhir Red Devils jelas memberi kesan sejak awal musim.

Onana dipersalahkan susulan dua kesilapan membawa padah ketika kekalahan mengejut kepada kelab divisyen empat, Grimsby Town, pada saingan Piala Liga, Rabu lalu.

Bayindir pula melakukan kesilapan dalam kemenangan tipis 3-2 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.

“Ia bukan mudah untuk menjadi penjaga gol Manchester United ketika ini. Mereka juga manusia. Di United, apa sahaja mudah menjadi perhatian media,” kata pengendali United, Ruben Amorim minggu lalu.

Sejak membuat penampilan sulung bersama Antwerp pada November 2023, Lammens sudah merekodkan 12 aksi tanpa bolos daripada 60 perlawanan.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai