Kerajaan Sabah disaran perkenal undang-undang antibuli ‘Zara Law’ – Jeffry

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah disaran menggubal satu undang-undang khusus bagi menangani isu buli yang semakin membimbangkan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, seiring dengan semangat sambutan Hari Sabah dan gelombang solidariti Justice for Zara, beliau mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sabah mengambil inisiatif menggubal satu undang-undang khusus antibuli.

“Undang-undang ini boleh dinamakan sebagai ‘Zara Law’, demi memastikan negeri Sabah bebas daripada budaya membuli dan melindungi generasi muda kita daripada menjadi mangsa seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Larian dan Sidang Media Khas Sempena Sambutan Hari Sabah di Padang Merdeka, pada Ahad.

Dalam pada itu, mengulas mengenai rundingan berkaitan tuntutan hasil bersih 40 peratus di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diteruskan dalam mesyuarat pada 12 September ini.

“Mungkin kita akan mendapat berita baik sempena Hari Malaysia nanti,” ujarnya.

Tambah Jeffry, sambutan Hari Sabah tahun ini mendapat penyertaan luar biasa dengan dianggarkan lebih 7,000 pelari hadir meskipun jumlah pendaftaran melebihi 12,000 orang.

“Pelbagai latar belakang mencerminkan semangat kebersamaan rakyat Sabah dalam meraikan ulang tahun bersejarah negeri ini

“Penyertaan ini bukan sekadar berlari, tetapi membawa semangat kebersamaan, kebanggaan dan kemerdekaan.

“Ia mengingatkan rakyat bahawa Sabah pernah mencapai kemerdekaan,” jelasnya.

Related Posts

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

DARO – Penyiapan sambungan akhir Jambatan Batang Paloh menjadi detik bersejarah yang disifatkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol ibarat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

MIRI – Penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, pemilikan perumahan mampu milik, serta pembangunan kemahiran dan keusahawanan merupakan antara perkara utama yang diharap diberi penekanan dalam Belanjawan Sarawak 2027 bagi memenuhi keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

Belanjawan 2027: Rakyat perlu pendapatan lebih kukuh, bukan sekadar bantuan

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

‘Ibarat menang Piala Dunia’, Abdullah Saidol syukur Jambatan Batang Paloh siap

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi