Dasar SMJ bukti kerajaan Sabah prihatin kesejateraan rakyat

KOTA KINABALU – Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sepanjang hampir lima tahun membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memulihkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ketika kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih pentadbiran pada September 2020, Sabah berdepan krisis ekonomi paling buruk dalam sejarah. 

“Namun, pelaksanaan dasar SMJ 1.0 berjaya memulihkan keadaan sekali gus melonjakkan semula prestasi negeri.

“Segala janji dan perancangan menerusi agenda SMJ telah banyak dilaksanakan. 

“Walaupun berdepan sindiran dan tohmahan, kepimpinan kerajaan ini tetap teguh melaksanakan amanah yang diberikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Sabah 2025 di Padang Merdeka, pada Ahad.

Jelasnya, pencapaian yang direkodkan hasil dasar SMJ bukan sekadar slogan, sebaliknya pelan strategik jangka panjang yang merangkumi pembangunan ekonomi, modal insan, infrastruktur dan kesejahteraan rakyat.

“Dasar SMJ telah membawa kejayaan besar antaranya pemulihan ekonomi, peningkatan pelaburan, hasil negeri yang melonjak serta usaha berterusan membasmi kemiskinan tegar.

“Kita telah melabur lebih RM1.3 bilion bagi pendidikan dan program belia sejak 2021 hingga 2022 sebagai bukti keutamaan pembangunan modal insan.

“Selain itu sektor industri, pelancongan, perladangan, perhutanan dan petroleum turut dikenal pasti sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri.

“Sabah bukan lagi hanya bergantung pada hasil bumi, sebaliknya muncul sebagai negeri yang pesat membangun dengan pelbagai sektor ekonomi yang semakin berkembang,” katanya.

Katanya lagi, komitmen Kerajaan Negeri tidak hanya terhad pada aspek ekonomi, tetapi turut meliputi kesejahteraan rakyat, pembangunan pendidikan, pembasmian kemiskinan serta pembangunan infrastruktur di seluruh negeri.

 “Perjuangan mengisi kemerdekaan adalah proses berterusan yang menuntut kesatuan dan sokongan semua pihak agar Sabah terus maju jaya,” ujarnya.

Related Posts

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis