‘Giro’ kemudi Sukhoi ketuai pertunjukan udara

PUTRAJAYA – Deruman enjin jet menggamatkan ruang udara Dataran Putrajaya pagi tadi apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengetuai pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Aksi paling mencuri tumpuan ialah kemunculan Panglima Tentera Udara (PTU), Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, mengemudi sendiri pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM bercorak Jalur Gemilang.

Kehadirannya di kokpit disambut tepukan gemuruh penonton, simbol kepimpinan dan semangat patriotisme warga TUDM.

Pertunjukan udara itu menampilkan enam pesawat Sukhoi SU-30MKM dengan sorotan utama aksi ‘bomb burst’ yang memukau, selain disokong dua pesawat Hawk 208 yang memperlihatkan kelincahan dan keupayaan tempur TUDM.

Kehebatan persembahan turut diserikan lintas hormat pesawat angkut C130H Hercules, A400M Atlas dan CN235, memperlihatkan keupayaan logistik dan operasi tempur udara negara.

Persembahan aset udara kemudian disusuli dengan formasi helikopter EC 725 TUDM, diikuti HOM AW139 milik Tentera Laut Diraja Malaysia, MD530G dan AW109 Pasukan Udara Tentera Darat, AW139 Polis Diraja Malaysia, AS365N Dauphin Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, serta AW109 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah