1,000 warga Felda Sahabat solidariti ‘Justice For Zara’ bukti rakyat rentasi politik dan agama

LAHAD DATU – Kira-kira 1,000 warga Felda Sahabat yang mmbanjiri Himpunan ‘Justice For Zara menjadi bukti penyatuan rakyat merentasi politik, agama dan etnik sekali gus menzahirkan sokongan kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Demikian dinyatakan Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Sahabat, Datu Rosman Datu Ahir Zaman yang menyifatkan insiden Zara Qairina membuka mata setiap individu untuk bangkit bersuara.

Katanya, menjadi kebiasaannya masyarakat bersatu melalui sukan atau kebudayaan, tetapi himpunan ‘Justice For Zara’ luar biasa kerana mampu menghimpunkan ramai individu dalam satu masa tanpa mengira latar belakang.

“Kita bersatu kerana kelihatan ada ketidakadilan dan ada simbol kezaliman serta perkara ini tidak pernah terjadi pun di negeri Sabah.

“Tapi kerana ada unsur-unsur yang dikatakan penglibatan orang-orang tertentu, tetapi itu semua saya serahkan kepada pihak polis.

“Supaya paling penting adalah ini adalah mesej penyatuan yang penting merangkumi agama, etnik dan juga dalam kehidupan kita di Malaysia,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press, pada Himpunan Solidariti #JusticeForZara di Padang Bola Sepak Felda Desa Kencana, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati agar para pelajar berani untuk tampil melaporkan sebarang bentuk aktiviti buli yang berlaku di sekolah.

“Masalah buli di sekolah berpunca daripada kegagalan membuat laporan awal, meskipun sistem aduan sudah tersedia melalui guru dan kaunselor.

“Tapi kalau rakan-rakan yang melihat atau yang mendengar ada kes buli itu tidak dilaporkan, maka tidak ada sebarang tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak guru.

“Sebab itu mesej paling besar adalah rakan-rakan di sekolah mesti berani membuat laporan buli,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa guru perlu mengambil tindakan segera dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan berdasarkan kes yang berlaku.

Related Posts

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya siasatan susulan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi