PNB kena utamakan agenda Bumiputera, kepentingan nasional – PM Anwar

AGENDA Bumiputera dan kepentingan nasional mesti menjadi pertimbangan utama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam membuat sebarang keputusan berkaitan pelaburannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai institusi pelaburan utama negara, PNB bertanggungjawab memastikan kepentingan jangka panjang rakyat, khasnya pemegang unit amanah dan golongan Bumiputera, tidak terjejas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengulas laporan PNB sedang berunding dengan beberapa pihak berhubung aset lebuh rayanya di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).

Jelasnya, proses semakan itu tidak wajar diteruskan jika ia menjejaskan manfaat jangka panjang pemegang unit atau memberi kesan negatif kepada usaha PNB menyumbang kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.

“Selaku institusi yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan nasional dan Bumiputera, PNB perlu mengekalkan peranan serta pegangan dalam aset-aset strategik negara.

“Justeru, saya meminta PNB untuk meletakkan kepentingan nasional dan Bumiputera sebagai pertimbangan utama dalam membuat sebarang keputusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, PNB mengesahkan rundingan berkenaan sambil menambah kajian strategik terhadap pelaburan dalam Prolintas sedang dilaksanakan sebagai sebahagian penilaian portfolio berkala.

Sehari sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Pengarah Urusan IJM Corp Bhd, Lee Chun Fai, mengesahkan syarikat itu mengemukakan cadangan mengambil alih aset lebuh raya milik PNB selepas dipelawa menyertai proses permintaan cadangan (RFP).

Terdahulu, PNB dilaporkan sedang menilai penjualan portfolio lebuh raya tol di bawah Prolintas, iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) serta 51 peratus pegangan dalam Prolintas Infra Business Trust.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai