PMX bijak sesuaikan komunikasi ikut peringkat usia – KP JKOM

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop memuji kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyesuaikan gaya komunikasi dengan pelbagai peringkat usia, khususnya generasi muda.

Menurut beliau, pendekatan yang bersifat terbuka dan interaktif amat berkesan dalam mendekati Gen Z dan Gen Alpha kerana kelompok tersebut lebih cenderung untuk berinteraksi secara dua hala.

“Kalau kita lihat gaya Perdana Menteri, beliau tidak hanya bercakap panjang, sebaliknya selepas 10 hingga 20 minit beliau memberi ruang untuk soal jawab.

“Cara ini lebih dekat dengan jiwa anak muda kerana mereka mahu didengar dan dilibatkan,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, berbeza dengan generasi muda di bandar, masyarakat di kawasan luar bandar atau kelompok B40 pula lebih memerlukan pencerahan dan penjelasan yang menyeluruh.

Oleh itu, pendekatan komunikasi perlu disesuaikan dengan latar belakang khalayak.

“Kadang-kadang kita menyangka masyarakat sudah bersedia menerima perubahan, tetapi realitinya mereka masih mempunyai dilema dan persoalan.

“Di sinilah pentingnya kebijaksanaan pemimpin untuk membaca suasana serta denyut nadi rakyat,” jelas beliau.

Beliau turut menekankan cabaran komunikasi kerajaan ketika ini adalah untuk membina keyakinan rakyat terhadap maklumat yang disampaikan.

Katanya, kredibiliti penyampai maklumat amat penting kerana rakyat akan menilai siapa yang menjadi jurucakap dan adakah mereka boleh dipercayai.

“Dalam era media sosial, sesiapa sahaja boleh menghasilkan kandungan yang tular, termasuk guru dan individu yang mengaku pakar. Ada kes sehingga menimbulkan krisis keyakinan rakyat terhadap isu-isu tertentu.

“Justeru, integriti dan kebijaksanaan menyampaikan maklumat sangat kritikal,” katanya.

Ismail juga menegaskan bahawa kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi, perlu sentiasa memahami keperluan serta aspirasi rakyat dalam era pasca normal bagi memastikan kestabilan politik dan keharmonian negara terus terpelihara.

Related Posts

Firma audit bebas dilantik bagi forensik profesional ke atas FELDA

SHAH ALAM – Sebuah firma audit bebas dilantik bagi menjalankan audit forensik berhubung perkara-perkara khusus melibatkan hubungan korporat dengan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FGV Holdings Berhad (FGV) . Agensi itu memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DKU: Proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz tidak sah

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan tiada proses sah yang menyebabkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir terhenti daripada memegang jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Setiausaha DKU,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi

Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi

‎Sabah rekod 1,551 kes kebakaran terbuka sejak Mac

  • By Ezmie
  • September 14, 2026
‎Sabah rekod 1,551 kes kebakaran terbuka sejak Mac

Pameran Hari Malaysia 2026 rungkai sejarah pembentukan negara, papar dokumen sahih MA63

Pameran Hari Malaysia 2026 rungkai sejarah pembentukan negara, papar dokumen sahih MA63

Kadar elaun RELA RM8 sejam disemak

Kadar elaun RELA RM8 sejam disemak

Firma audit bebas dilantik bagi forensik profesional ke atas FELDA

Firma audit bebas dilantik bagi forensik profesional ke atas FELDA