PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

KOTA KINABALU – Kerjasama menerusi Pacific Partnership 2026 (PP26) membuktikan Pasifik bukan pemisah antara negara, sebaliknya menjadi ruang yang menyatukan Malaysia, Amerika Syarikat serta sekutu dan rakan kongsi dalam menghadapi cabaran bersama.

Panglima Armada Pasifik Amerika Syarikat, Adm. Steve Koehler berkata, kekuatan di rantau Indo-Pasifik bukan hanya bergantung kepada aset ketenteraan seperti kapal, pesawat dan pasukan darat, tetapi turut berasaskan hubungan kukuh serta kepercayaan yang dibina bersama.

“Kerjasama sepanjang pelaksanaan PP26 turut memperkukuh kesiapsiagaan negara peserta dalam menghadapi bencana, selain meningkatkan hubungan antara anggota tentera dan masyarakat awam.

“Di Pasifik, lautan bukanlah sesuatu yang memisahkan kita, sebaliknya lautanlah yang menyatukan kita,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Penutupan Pacific Partnership Malaysia 2026 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kota Kinabalu, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, PP26 disokong hampir 1,500 anggota dari Australia, Kanada, Jerman, Jepun, Republik Korea, New Zealand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat serta negara tuan rumah.

“Ratusan anggota tentera antarabangsa bekerjasama dengan anggota tentera Malaysia dalam pelbagai aktiviti meliputi pengurusan bencana, kejuruteraan, perubatan dan kesihatan awam serta jangkauan komuniti.

“Antara latihan utama ialah latihan mencari dan menyelamat di laut selama tiga hari yang melibatkan penyelam bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan tsunami.

“Latihan ini menjadikan kita semua lebih berdaya tahan dan lebih bersedia untuk bertindak balas terhadap bencana yang mungkin berlaku pada masa akan datang,” kongsinya.

Tambah Koehler, pasukan PP26 turut melaksanakan projek penambahbaikan infrastruktur di Sekolah Rendah Babagon Toki dan Klinik Kesihatan Telipok, selain menjalankan program kesihatan komuniti serta pertukaran kepakaran dengan penyedia perkhidmatan kesihatan tempatan.

“Usaha ini mencerminkan pendekatan lebih luas Amerika Syarikat terhadap rantau ini yang memberi penekanan kepada perkongsian, kepercayaan dan komitmen bersama.

“Ukuran kekuatan kita akan berasaskan kepada perkongsian yang kita bina, kepercayaan yang kita peroleh serta komitmen yang kita tunaikan.

“Hubungan yang terus diperkukuh antara rakyat Malaysia dan Amerika Syarikat serta sekutu dan rakan kongsi di rantau ini penting bagi memastikan Indo-Pasifik kekal aman, berdaya tahan dan mempunyai peluang untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Untuk rekod, PP26 merupakan misi tahunan yang bermula pada 2006 susulan pengalaman operasi bantuan kemanusiaan selepas tragedi tsunami 2004.

Malaysia menjadi persinggahan ke-enam misi berkenaan sejak ia dilaksanakan di rantau ini 20 tahun lalu.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan