Ketua Menteri Sabah seru rakyat terus semarakkan semangat patriotisme, perpaduan

KOTA KINABALU — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru seluruh rakyat negeri ini agar terus memupuk semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memelihara keharmonian antara kaum dan agama demi kestabilan serta kemajuan bersama.

Dalam perutusan khas sempena Hari Sabah dan Hari Kebangsaan 2025, Hajiji berkata, bahawa kedua-dua sambutan itu bukan sekadar simbolik sejarah tetapi menjadi platform penting dalam memperingati jasa pejuang kemerdekaan, memperkuat jati diri rakyat dan menyemai rasa cinta terhadap tanah air.

“Tarikh 31 Ogos amat bermakna bagi Sabah. 

“Ia memperingati dua perayaan penting Hari Kebangsaan dan Hari Sabah yang berupaya menjadi faktor penyatuan rakyat pelbagai latar belakang,” katanya dalam satu kenyatan media, di sini, pada Sabtu.

Hajiji turut mengingatkan bahawa kebebasan yang dikecapi hari ini merupakan hasil pengorbanan para pejuang terdahulu yang berani dan tidak gentar dalam menuntut kemerdekaan.

Mengulas tema sambutan tahun ini, beliau berkata bahawa tema Hari Kebangsaan 2025, ‘Malaysia Madani, Rakyat Disantuni’ dan tema Hari Sabah 2025, ‘Untukmu Sabah Tanah Airku’ membawa mesej selari yang menekankan prinsip perpaduan, inklusiviti dan pembangunan seimbang berpaksikan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.

“Marilah kita sentiasa berwaspada terhadap unsur-unsur negatif yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan perpaduan, yang akhirnya boleh membawa kepada perpecahan,” ujar beliau. 

Dalam suasana sambutan penuh makna ini, Hajiji turut mengajak rakyat menghayati erti kemerdekaan bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga dari segi pemikiran dan semangat kebangsaan yang harus diteruskan oleh generasi muda.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah tahun ini dijangka disambut dengan pelbagai acara rasmi, kebudayaan dan komuniti di seluruh negeri sebagai manifestasi semangat cintakan negara.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung