Bantah RUU PSB harus berasas fakta, bukan propaganda

PUTRAJAYA – Bantahan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) perlulah berpaksikan kepada fakta sebenar dan bukannya dipengaruhi propaganda yang mengelirukan masyarakat.

Bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki berpandangan, dakwaan berhubung dasar itu di media sosial tidak tepat, khususnya berkaitan isu rampasan tanah, kuasa negeri, hak pemilik, kedudukan serta pemaju selain permainan sentimen perkauman.

Menurutnya, PSB menetapkan hak pemilik tetap terpelihara termasuk tawaran unit kediaman baharu setara atau lebih baik di kawasan sama, selain boleh pilih nak kekal atau keluar dengan pampasan.

“Berbeza dengan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang menyebabkan pemilik hilang hak sepenuhnya dan hanya mendapat pampasan. PSB juga membolehkan projek pembaharuan bandar hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan majoriti pemilik.

“Sehubungan itu, pihak pemaju tidak boleh bertindak sesuka hati kerana semuanya tertakluk kepada kuasa negeri serta syarat ketat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas dakwaan kononnya Menteri berkuasa mutlak, Liyana menegaskan kuasa sebenar terletak di tangan kerajaan negeri yang terdiri daripada jawatankuasa dipengerusi oleh Menteri Besar mahupun Ketua Menteri.

Beliau berpendapat, dasar terbabit membuktikan Menteri tidak boleh campur tangan sewenang-wenangnya susulan hanya kerajaan negeri sahaja yang boleh
menentukan pewartawaan kawasan pembaharuan, meluluskan pemaju serta insentif.

“Propaganda pemilik bakal dipaksa keluar tanpa pampasan adalah tidak tepat, sebaliknya mereka dijamin menerima manfaat sama atau lebih baik, selain berhak dimaklumkan perkembangan projek.

“Malah terdapat Jawatankuasa Mediasi di peringkat Persekutuan dan negeri untuk menjaga hak pemilik di samping pemilik akan ditawar kekal di kawasan sama, kecuali dia sendiri pilih keluar,” katanya.

Dalam isu pemaju, Liyana berkata, RUU menetapkan pihak terbabit wajib mengemukakan pelan kewangan serta laporan projek untuk kelulusan, di samping boleh dikenakan syarat tambahan serta penalti jika gagal mematuhi peraturan.

Beliau menjelaskan, perkara terbabit menunjukkan pihak pemaju tidak boleh bermaharajalela dalam mengaut keuntungan kerana kawalan rapi telah diperuntukkan dalam akta.

“Propaganda PSB bertujuan mengusir kaum Melayu tidak benar kerana fakta membuktikan ambang persetujuan (threshold) ditetapkan berdasarkan usia bangunan, bukan faktor kaum.

“Bagi bangunan berusia lebih 30 tahun, syaratnya ialah 75 peratus persetujuan. Jika terbengkalai atau berbahaya, cukup 51 peratus. Peraturan di Malaysia adalah seimbang, malah lebih ketat berbanding beberapa negara lain,” katanya.

Dalam pada itu, Liyana berkata, suara rakyat tetap terpelihara dan jadi penentu kerana setiap pemilik mesti dirunding bersama pihak berkuasa tempatan dan badan bebas, selain projek tidak boleh diteruskan sekiranya gagal mencapai threshold ditetapkan.

“Pada saya niat pembaharuan bandar ini baik. Ia cuma perlu ditambah baik, tetapi tidaklah sampai tahap kill the Bill seperti digembar-gemburkan. Nak bantah takde masalah tapi biar datang atas fakta, bukan propaganda,” katanya.

Semalam media melaporkan, perbahasan dan pengundian RUU PSB 2025 ditunda ke sidang Dewan Rakyat akan datang yang dijadual berlangsung pada Oktober ini.

RUU itu berdepan penolakan kuat daripada pelbagai pihak khususnya daripada wakil rakyat pembangkang termasuk beberapa Ahli Parlimen kerajan daripada Barisan Nasional (BN) dan PKR sendiri.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit