Laporan penuh gangguan bekalan elektrik di KLIA2 dijangka siap dalam dua minggu

LAPORAN penuh berhubung insiden gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) dijangka siap dalam tempoh dua minggu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil berkata, berkenaan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan hari ini, dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah memberikan jaminan bahawa tindakan segera akan diambil untuk menangani isu tersebut.

“Menteri Pengangkutan telah memaklumkan bahawa satu laporan terperinci sedang disediakan bagi menjelaskan punca kejadian serta tindakan yang akan diambil oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang pada masa hadapan,” katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya, pada Jumaat.

Insiden gangguan bekalan elektrik tersebut dilaporkan berlaku semalam, pada pukul 2.15 petang, akibat panahan kilat yang menjejaskan penyambungan kabel utama, dan mengakibatkan gangguan bekalan selama 28 minit di terminal berkenaan.

Bagaimanapun, operasi KLIA2 tidak terjejas sepenuhnya apabila sistem penjana kuasa sokongan diaktifkan serta-merta.

Ini memastikan sistem penting seperti pengendalian bagasi, kaunter daftar masuk dan paparan maklumat penerbangan terus beroperasi seperti biasa.

Pasukan teknikal lapangan terbang turut bertindak pantas dengan mengalihkan bekalan elektrik kepada pencawang alternatif, dan bekalan pulih sepenuhnya dalam tempoh kurang daripada 30 minit.

Menurut beliau, Anthony juga memberi jaminan bahawa sistem sokongan sedia ada berfungsi dengan baik semasa kejadian berlaku, termasuk sistem keselamatan dan kemudahan kritikal lain.

“Kerajaan memandang serius insiden ini kerana ia melibatkan kepentingan awam serta boleh menjejaskan reputasi KLIA sebagai pintu masuk utama negara. Maka, laporan penuh perlu disiapkan dalam tempoh dua minggu agar penambahbaikan segera dapat dilaksanakan,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan turut menggesa pihak MAHB supaya memperkemas pelan kontingensi dan meningkatkan usaha penyelenggaraan sistem sedia ada bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang lebih tinggi.

“Laporan ini bukan sahaja akan menjadi panduan bagi KLIA2, malah akan diguna pakai untuk memperkukuh sistem sokongan di semua lapangan terbang utama negara,” ujar beliau.

Terdahulu, MAHB dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyediakan laporan penuh untuk dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan.

Penilaian menyeluruh terhadap infrastruktur turut sedang dijalankan bagi mempertingkat ketahanan sistem sedia ada.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi