Kubur Syamsul Haris digali, jasad dibawa untuk bedah siasat

PROSES penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin telah dilaksanakan bermula pukul 8.40 pagi tadi.

Seawal jam 7 pagi, kawasan luar pintu utama Tanah Perkuburan Islam, Kampung Rinching Hulu, Semenyih, di sini, mula dipenuhi ahli keluarga dan orang ramai yang mendiami kawasan berhampiran.

Kawalan ketat pihak polis turut dilaksanakan di hadapan tanah perkuburan bagi mengelak orang ramai masuk ke dalam kawasan perkuburan.

Ini adalah bagi memastikan proses penggalian semula kubur berjalan lancar selain mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

Sekitar jam 7.45 pagi tadi, ibu Allahyarham Syamsul, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, dilihat memasuki pintu masuk utama kawasan tanah perkuburan bagi melihat proses penggalian semula kubur anaknya.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang diperolehi, proses penggalian akan disaksikan oleh pegawai dan dari Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), peguam dan ibu Allahyarham, pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, pakar patalogi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebaik proses penggalian selesai kira-kira pukul 9.10 pagi, jasad Allahyarham dibawa terus ke HKL untuk proses bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selasa lalu mengarahkan supaya jenazah Syamsul Haris, 22, digali semula secepat mungkin.

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan sama pada 28 Julai lalu selepas meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, sehari selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kekal tidak berubah meskipun bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan bersyarat. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram