GRS bawa kestabilan, rakyat tahu siapa gagal – Nizam

TAWAU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan rakyat negeri ini masih mengingati kegagalan pentadbiran lalu dan menekankan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor membawa kestabilan politik serta meletakkan Sabah di landasan yang kukuh.

Ketua Penerangan GRS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, menyerang Hajiji dengan tohmahan tidak akan memadamkan fakta bahawa GRS juga berjaya mengembalikan keyakinan pelabur dan membuka laluan kepada pembangunan ekonomi yang lebih mapan untuk masa depan negeri.

“Kepimpinan Hajiji telah berjaya meletakkan Sabah kembali pada landasan pembangunan melalui Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), memacu pelaburan luar dan dalam negeri, serta memperkukuh hasil negeri termasuk melalui penyertaan langsung Sabah dalam Petronas. Ini pencapaian yang nyata, bukan gimik.

“Rakyat Sabah masih ingat siapa yang sebenarnya gagal menjaga integriti ketika berkuasa dan siapa yang hanya pandai menabur janji tetapi meninggalkan hutang serta masalah struktur tanpa penyelesaian,” katanya.

Nizam yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri bercakap demikian dalam satu kenyataan bagi menepis dakwaan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir yang mendakwa Hajiji tidak membawa sebarang hasil kepada rakyat dalam tempoh lima tahun ini.

Beliau berkata, kenyataan itu adalah fitnah yang jelas dan bertentangan dengan fakta pembangunan yang berlaku di Sabah selain menyifatkan seruan Hajiji ‘berehat’ adalah retorik politik murahan.

“Pertama dakwaan mengenai isu asas rakyat seperti jalan raya, air dan elektrik, inilah masalah legasi berpuluh tahun yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu termasuk semasa UMNO Sabah menjadi sebahagian daripada pentadbiran.

“Hajiji tidak pernah menafikan cabaran ini malah sejak 2021 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana khusus di bawah Hala Tuju SMJ untuk menaik taraf lebih banyak jalan luar bandar, mempercepatkan projek empangan dan sistem agihan air serta bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad dan SESB untuk menstabilkan bekalan elektrik.

“Kedua, tuduhan berhubung kadar pengangguran. Antara tahun 2021 hingga 2024 sahaja, Sabah berjaya menarik pelaburan bernilai RM35.38 bilion melibatkan 420 projek, sesuatu yang tidak pernah dicapai semasa pentadbiran sebelum ini.

“Pelaburan ini memberi kesan langsung kepada penciptaan peluang kerja baharu, terutama dalam sektor minyak dan gas, pelancongan, pertanian hiliran serta industri teknologi,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas itu juga menyelar dakwaan pentadbiran GRS terpalit dengan skandal lesen mineral.

“Ini jjuga adalah cubaan mengaitkan Ketua Menteri dengan isu yang telah pun dijelaskan secara rasmi oleh Sabah Mineral Management (SMM) dan Jabatan Tanah dan Ukur.

“Fakta jelas menunjukkan tiada sebarang lesen cari gali dikeluarkan kepada mana-mana syarikat termasuk yang dikaitkan dalam laporan fitnah.

“Malah, SMM telah mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan palsu yang cuba menjatuhkan kredibiliti Kerajaan Negeri,” tegasnya.

Related Posts

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

IPOH – Tiga penunggang motosikal maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, di sini, awal pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Ipoh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka