UCO Challenge didik pelajar sayangi alam sekitar, sasar sifar karbon menjelang 2050

KOTA KINABALU – UCO Challenge, pertandingan pengumpulan minyak masak terpakai melibatkan sekolah-sekolah di sekitar Kota Kinabalu, dilancarkan pada Khamis sebagai usaha mendidik pelajar menyayangi alam sekitar serta menyokong sasaran negara mencapai sifar karbon menjelang 2050.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Kinabalu, Kaven Lee Seng Vui berkata, inisiatif ini bertujuan mendidik generasi muda mengenai kepentingan kitar semula dan kelestarian alam sekitar, di samping menyemai kesedaran sivik dalam kalangan pelajar, guru dan komuniti setempat.

“Program ini juga menyokong usaha negara untuk mengurangkan pencemaran, memperkukuh ekonomi kitaran dan menjana pendapatan sampingan menerusi pengumpulan minyak masak terpakai.

“Minyak masak terpakai berpotensi dijadikan biodiesel dan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Ia bukan sahaja menyumbang kepada teknologi hijau, malah menyokong komitmen negara mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050,” katanya dalam kenyataan media di sini, pada Khamis.

Program itu dianjurkan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Junior Chamber International (JCI) Kota Kinabalu.

Tambah beliau, kebiasaan membuang minyak ke dalam sinki bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah menyebabkan masalah saliran dan perparitan tersumbat.

Justeru itu, katanya, pendedahan awal kepada generasi muda penting dalam membentuk budaya bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pertandingan ini berlangsung dari 28 Ogos hingga 27 Oktober 2025 dan terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah di Kota Kinabalu.

Hadiah wang tunai disediakan bagi pemenang setiap kategori, iaitu RM1,000 (johan), RM800 (naib johan) dan RM500 (tempat ketiga).

Inisiatif ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan hijau di peringkat akar umbi serta memperkukuh kerjasama komuniti dalam memelihara alam sekitar demi masa depan yang mampan.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar