Segamat dilanda gegaran gempa bumi lemah – METMalaysia

GEGARAN gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di Segamat, Johor pada jam 8.59 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, pusat gegaran berkenaan terletak kira-kira 18 kilometer di selatan Segamat pada kedalaman 10km.

“Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Johor dan Selatan Pahang. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

“Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/JMGSQhuAKdtwWn2a7,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Gegaran tersebut merupakan yang ketiga berlaku di daerah ini selepas gegaran pertama pada Ahad dengan magnitud 4.1 pada pukul 6.13 pagi sebelum gegaran kedua pukul 9 pagi.

Sementara gegaran berukuran 2.8 magnitud dilaporkan di Yong Peng pada pukul 9 pagi hari yang sama, 28km Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10km.

Pada Ahad, Kerajaan Negeri Johor sedang mengumpul maklumat mengenai jumlah kerosakan dan nilai kerugian disebabkan gegaran gempa bumi yang berlaku di daerah Segamat dan Yong Peng, Batu Pahat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md  Shukor berkata, pihaknya masih belum menerima laporan penuh jumlah kerosakan dan nilai kerugian yang dialami disebabkan gempa bumi itu.

Mohd Jafni menegaskan, elemen pengesanan bencana termasuk gempa bumi akan menjadi sebahagian daripada petunjuk pembangunan Smart City (Bandar Pintar) Johor pada masa hadapan termasuk sistem amaran awal bencana melalui telefon pintar sedang dipertimbangkan.

Related Posts

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

JEMPOL – Laporan Pasukan Petugas Khas (Task Force) berhubung Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan lagi sebelum didedahkan kepada umum, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Kajian sekadar analisis, keputusan di tangan rakyat’ – Anthony

‘Kajian sekadar analisis, keputusan di tangan rakyat’ – Anthony

Kampung, Sekolah Angkat MADANI perkukuh pembangunan komuniti luar bandar

Kampung, Sekolah Angkat MADANI perkukuh pembangunan komuniti luar bandar

DKU isytihar jawatan Undang Luak Jelebu kosong, sahkan pelantikan Undang Sungei Ujong dan Rembau

DKU isytihar jawatan Undang Luak Jelebu kosong, sahkan pelantikan Undang Sungei Ujong dan Rembau

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni