Pas guna taktik Zionis: Sebar fitnah dulu, bila kantoi baru mengaku

SEMAKIN jelas wajah sebenar Pas. Parti yang kononnya melaungkan perjuangan Islam rupa-rupanya meniru gaya Zionis dalam politik. Formula mereka mudah: sebar fitnah dahulu, bila kantoi baru mengaku.

Strategi ini sudah berkali-kali kita lihat. Dari isu subsidi minyak warga asing, fitnah kononnya Kerajaan MADANI anti-Islam, hingga tuduhan projek pembangunan kerajaan konon gagal – semuanya menggunakan pola yang sama. Mula-mula tabur pembohongan, biarkan ia merebak dalam WhatsApp dan TikTok, kemudian bila fakta sebenar keluar, buat-buat senyap atau pusing cerita.

Lebih malang, pendekatan ini menyerupai Zionis yang sekian lama menindas rakyat Palestin dengan propaganda palsu. Zionis sebarkan berita rekaan untuk halalkan penjajahan, Pas pula guna fitnah untuk halalkan cita-cita politik mereka. Bezanya, Zionis lawan Islam, Pas pula gunakan nama Islam untuk halalkan tipu daya.

Islam menolak fitnah

Soalnya, apa beza Pas dengan Zionis jika sama-sama mengangkat budaya pembohongan? Sedangkan Islam jelas menegah fitnah – “fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.” Parti yang mendabik dada sebagai ‘parti Islam’ ternyata menggadaikan prinsip agama semata-mata mahu mengekalkan kuasa.

Rakyat semakin celik

Kini rakyat semakin celik. Generasi muda tidak lagi terikat dengan propaganda lebai politik. Mereka tahu menilai antara data dengan auta. Kerajaan MADANI pula konsisten dengan ketelusan – setiap dasar dijelaskan dengan fakta, laporan rasmi dan bukti nyata, bukan sekadar retorik kosong.

Hipokrasi Pas terbongkar

Pas tidak boleh lagi berselindung di sebalik jubah agama. Semakin banyak fitnah mereka didedahkan, semakin terserlah hipokrasi parti yang menjual agama untuk laba politik.

Jika benar mahu menegakkan Islam, hentikan budaya Zionis ini. Jangan jadikan lidah sebagai senjata fitnah, jangan jadikan agama sebagai perisai pembohongan. Rakyat sudah muak.

“Lening napok Pas seruper je nge peel Zionis sebor pitenoh pastu berigak mitok maaf pahtu pitenoh pulok, doh guane kate parti Islang peel Zionis, ke Pas sokong Zionis lening, napok duk ikut peel Zionis ngat lening.”

Related Posts

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

ANGKA RM454 juta yang dicatatkan Terengganu bagi tahun 2025 sememangnya satu pencapaian yang wajar diiktiraf. Ia dilaporkan sebagai kutipan hasil negeri tertinggi dalam tempoh 10 tahun tanpa mengambil kira pemberian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar