Kabong bakal meriah dengan sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN

KABONG – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong 1447H/2025M dijangka berlangsung penuh meriah dengan penyertaan hampir 45 kontinjen yang bakal menyertai perarakan serta pertandingan sepanduk pada 5 September ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, perarakan sejauh kira-kira tiga kilometer itu akan bermula di Kabong Town Square dan berakhir di Pusat Penjaja Pekan Kabong.

“Pihak penganjur telah menetapkan johan perarakan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala iringan. Naib johan bakal menerima RM700, manakala tempat ketiga RM500. Semua kontinjen turut diberikan saguhati RM200 sebagai tanda penghargaan,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penyelarasan sambutan pada Selasa.

Bagi pertandingan sepanduk pula, hadiah yang ditawarkan adalah sama, dengan penilaian berfokus kepada kreativiti serta mutu persembahan setiap kontinjen.

Hampir 45 kontinjen yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu jabatan dan agensi kerajaan, institusi pendidikan serta masjid, surau, kelab dan JKKK.

Selain perarakan, pengisian rohani turut menyerikan sambutan dengan penganjuran pertandingan azan dan zikir marhaban yang akan diadakan di Masjid Assabirin Kabong.

Menurut Mohd Chee, sambutan ini bukan sahaja memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah berperanan memperkukuh silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

“Penyertaan yang merentas lapisan masyarakat mencerminkan semangat kebersamaan dan perpaduan yang menjadi kekuatan komuniti di Kabong,” ujarnya.

Dengan persiapan rapi dan kerjasama erat pelbagai pihak, Kabong dijangka menjadi tumpuan ribuan pengunjung bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee; Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK), Kaunselor Ulin Tabur; bersama wakil jabatan kerajaan, pengerusi masjid serta ketua masyarakat.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu