Sabah akan teliti semula penggunaan papan tanda ‘No Pork’

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri sedang meneliti semula penggunaan papan tanda ‘No Pork’ atau ‘No Lard’ di premis makanan yang tidak memiliki sijil halal.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, isu berkenaan akan dibincangkan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Negeri sebelum satu peraturan atau dasar digubal.

“Kadang-kadang ada kedai tertentu seperti restoran makanan laut mereka tidak memiliki sijil halal tetapi tetap mempamerkan tanda ‘No Pork’.

“Bagi kita di Sabah ramai orang kita juga makan di premis seperti ini. Jadi kita mahu perkemaskan peraturan supaya tidak timbul isu lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Konvensyen Du’at di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Hajiji mengesahkan bahawa pilihan raya negeri akan datang merupakan penggal terakhirnya dalam arena politik selepas lebih tiga dekad berkhidmat.

“Itu memang rancangan terakhir saya. Saya sudah berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) selama 35 tahun.

“Jika ditambah lima tahun lagi, saya rasa terlalu panjang dan cukup tertekan,” jelasnya.

Hajiji turut memaklumkan kepada media bahawa beliau sudah mempunyai perancangan mengenai siapa bakal penggantinya, namun memilih untuk tidak mendedahkannya buat masa ini.

“Ya, sudah tentu ada. Tetapi saya tidak boleh dedahkan sekarang kerana kita masih ada beberapa tahun lagi.

“Biarlah parti kita yang memutuskannya ,” ujarnya.

Related Posts

Negeri Sembilan cuti peristiwa, esok – MB

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim mengumumkan cuti peristiwa esok, 3 Ogos (Isnin), sebagai penghargaan kepada rakyat negeri yang menjayakan proses demokrasi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Negeri Sembilan cuti peristiwa, esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa, esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee