RUU Pekerja Gig angkat martabat profesion jurubahasa isyarat, penterjemah

PUTRAJAYA – Langkah Kerajaan MADANI mengiktiraf jurubahasa isyarat, penterjemah dan penulis transkripsi sebagai pekerja gig bukan platform menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 disifatkan sebagai anjakan paradigma bagi menghargai sumbangan golongan itu sebagai profesional penting kepada Pembangunan negara.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Jurubahasa dan Penterjemah Bahasa Isyarat Malaysia (Jupebim), Lucy Lim berkata, selama ini terdapat tanggapan bahawa tugas jurubahasa isyarat adalah berbentuk kebajikan dan bukannya satu perkhidmatan profesional.

Jelasnya, bukan sahaja kerjaya sebagai penterjemah dan jurubahasa sering dianggap kerja sukarela, malah khidmat mereka sering dibayar tidak setimpal atas pelbagai alasan tidak munasabah.

“Profesion kami ini sering dilihat invisible (seolah tidak kelihatan). Sekian lama kami dipanggil untuk beri perkhidmatan terjemahan dan jurubahasa isyarat misalnya, tetapi dilihat hanya satu khidmat kebajikan dan tak dibayar.

“Bagi majikan yang ada pekerja dalam kalangan orang pekak atau bisu misalnya, mereka tak peka mengenai keperluan adanya jurubahasa isyarat, malah ada yang pertikaikan siapa dan mengapa perlu bayar (khidmat) kami.

“Di sinilah penting satu RUU yang membela semua keluhan dan masalah kami, secara tidak langsung profesion ini mendapat perlindungan apabila dikategorikan sebagai pekerja gig,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Lucy berpandangan, tanggapan itu mesti diubah kerana jurubahasa isyarat merupakan golongan profesional terlatih dan beretika tinggi dalam merapatkan jurang komunikasi antara individu pekak dan pendengaran.

“Justeru, Jupebim yang mewakili lebih 100 ahli termasuk jurubahasa pendengaran dan pekak menyambut baik langkah kerajaan yang amat tepat pada masanya untuk mengiktiraf profesion ini dalam RUU Pekerja Gig yang akan dibentangkan di Parlimen.

“Pengiktirafan itu bukan sahaja sudah lama dinanti-nantikan, malah merupakan pengesahan penting terhadap status profesional serta peranan utama Jurubahasa Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Lucy menjelaskan, jurubahasa isyarat memainkan peranan penting dalam memastikan akses komunikasi kepada komuniti pekak, selain memudahkan komunikasi inklusif dalam masyarakat.

“Terdapat keperluan RUU berkenaan menggariskan perkara penting termasuk melindungi hak pekerja gig, menjelaskan tanggungjawab entiti pengupah serta menetapkan terma dan syarat perkhidmatan.

“RUU terbabit juga perlu meliputi mekanisme penyelesaian pertikaian, penubuhan Majlis Perundingan Tribunal Pekerja Gig, serta menjamin keselamatan, kesihatan dan perlindungan keselamatan sosial pekerja gig,” katanya.

Bagi pemandu e-hailing yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu, Farid Mahmud, pembentangan RUU itu disifatkannya sebagai rahmat dengan sekurang-kurangnya ada tempat untuk OKU bekerja sebagaimana golongan pekerja normal.

Beliau yang juga ahli Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia (DAWN) berkata, pasaran pekerjaan ketika ini amat terhad kepada golongan OKU, justeru, memasuki gig ekonomi adalah antara pilihan yang mereka ada.

“Ketika buat e-hailing pun saya masih terdedah dengan pelbagai cabaran terutama untuk berkomunikasi dengan penumpang yang normal.

“Malah kerana isu komunikasi ini kami sukar dapat pekerjaan dan akhirnya, kebanyakan yang senasib akan bekerja contohnya, sebagai pemandu e-hailing kerana masa fleksibel dan ini pekerjaan yang ada.

“Justeru, saya berharap RUU ini dapat diluluskan agar komuniti pekak tidak lagi berdepan pelbagai halangan dan bebas untuk bekerja,” katanya.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM