Mahkamah perintah gali semula kubur Syamsul Haris

JASAD pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UTM Skudai, Syamsul Haris Shamsudin digali semula dari kubur.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan kubur lelaki berusia 22 tahun itu digali semula.

Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan ibu Syamsul Haris iaitu Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, selaku pemohon supaya kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor, digali bagi bedah siasat kedua dijalankan.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet, menetapkan hari ini untuk keputusan selepas mendengar hujahan daripada tiga pihak iaitu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebagai responden pertama dan kedua serta ibu Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun selaku pemohon.

Bhupindar Singh berkata, penetapan tarikh itu dilakukan berikutan mahkamah memerlukan masa untuk meneliti afidavit yang baru diserahkan oleh pihak pemohon.

Ummu Haiman Bee, 45, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah semalam mengharapkan permohonan untuk menggali semula kubur anaknya itu dibenarkan bagi tujuan bedah siasat kali kedua, untuk mengetahui punca sebenar kematian anak lelakinya.

Pada 19 Ogos lalu, Ummu Haiman Bee mengemukakan permohonan itu antaranya bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan serta mencadangkan untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat kematian anaknya.

Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi di Johor, ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor dan dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu di Selangor.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok