LAP kembali hampir RM39 juta setahun kepada rakyat melalui subsidi dan rebat

IPOH – Lembaga Air Perak (LAP) mengembalikan hampir RM39 juta setahun kepada rakyat melalui pelbagai bentuk subsidi, termasuk bekalan air percuma kepada golongan miskin, rumah ibadat, institusi kebajikan serta rebat bulanan kepada semua pengguna domestik.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu mencerminkan keupayaan kewangan LAP walaupun kadar tarif air kekal sejak pelarasan terakhir pada Mei 2024.

“Subsidi ini merangkumi 25 meter padu air percuma kepada golongan miskin, 10 meter padu air percuma untuk rumah ibadat dan institusi kebajikan, selain rebat RM4 bagi 10 meter padu pertama setiap bulan untuk semua pengguna domestik.

“Walaupun beberapa negeri melaras tarif air mulai Ogos 2025, Perak kekal dengan kadar sedia ada demi menjaga kemampuan rakyat tanpa menjejaskan kestabilan kewangan LAP.

“Langkah ini melambangkan tekad LAP untuk menyeimbangkan kelestarian kewangan dengan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan pada Majlis Perasmian Menara Air Perak di Basco Avenue@Kepayang, di sini, pada Isnin.

Perasmian disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang turut diiringi Raja Permaisuri Perak, Tunku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah, dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Menara setinggi 14 tingkat bernilai RM92 juta itu dibina bermula Mac 2016, siap Februari 2023 dan beroperasi sepenuhnya sejak 6 Mac 2023.

Ia menampilkan reka bentuk moden, cekap tenaga serta dilengkapi kemudahan seperti taska, surau, gimnasium, pejabat dan dewan bankuet berkapasiti 320 orang.

Menurut Saarani, menara baharu itu bukan sekadar pusat pentadbiran yang tersusun, tetapi turut menjadi mercu tanda ikonik Perak dengan fungsi perancangan, pemantauan dan kawalan operasi air negeri yang lebih bersepadu.

“Menara Air Perak menjadi simbol iltizam negeri untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, memperkukuh kelestarian sumber air serta menandakan kemajuan Perak dalam penyediaan prasarana moden,” katanya.

Saarani turut berkongsi pencapaian LAP sebagai pembayar zakat korporat tertinggi di Perak dengan kutipan melebihi RM86 juta sejak 2007, sekali gus menerima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023.

“Selain menyediakan subsidi air, LAP juga aktif melaksanakan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat termasuk bantuan pendidikan dan kebajikan masyarakat, membuktikan keprihatinan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.

Beliau menegaskan kejayaan projek menara ini adalah simbol komitmen padu LAP untuk mentadbir bekalan air secara lebih efisien dan mampan, selain menjadi mercu tanda baharu kebanggaan negeri.

Pada 31 Julai lalu, media melaporkan pelarasan tarif air domestik di semua negeri Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali Perak dan Labuan bermula 1 Ogos 2025.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok