JTU Sabah capai 92 peratus KPI SMJ 2024

KOTA KINABALU – Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya melaksanakan 11 daripada 12 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi tahun 2024 dengan keseluruhan pencapaian 92 peratus.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kejayaan itu membuktikan komitmen tinggi warga JTU dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri.

“Pencapaian ini adalah hasil kerja keras, dedikasi serta budaya kerja cemerlang warga jabatan dengan pungutan hasil tanah yang disasarkan sebanyak RM281 juta pada 2024, berjaya dilepasi dengan kutipan mencecah RM290.87 juta atau 104 peratus.

“Selain itu, sebanyak 55,670 permohonan tanah telah diproses berbanding sasaran 45,000 permohonan, manakala pengukuran Tanah Adat Anak Negeri (NCR) pula mencapai 17,701.50 hektar berbanding sasaran 15,000 hektar,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 JTU di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, pada Isnin.

Jelasnya, kejayaan JTU mewartakan 82 tapak simpanan kampung berbanding sasaran 80 tapak serta pembangunan tiga sistem baharu dalam talian – Sistem Perlanjutan Lesen Pendudukan Sementara (TOL), Sistem Penguatkuasaan Tanah dan Aplikasi 3D Building adalah bukti pendekatan jabatan yang progresif dan seiring keperluan semasa.

Mengulas mengenai Program Pengukuran Tanah Adat Anak Negeri Sabah (PANTAS), beliau berkata, ia adalah penting yang mana kekal sebagai agenda utama kerajaan negeri dalam menjamin hak pemilikan tanah Bumiputera.

Katanya, sejak dilaksanakan pada 2011, Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah menyalurkan RM251.34 juta bagi melaksanakan program itu dan sehingga Jun 2025, sebesar 488,705 ekar melibatkan 70,436 lot tanah adat berjaya diukur.

“PANTAS memberi impak besar kerana ia membantu anak negeri Sabah memiliki tanah sendiri.

“Usaha ini terus diperkasa melalui pelancaran Galeri Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) yang akan menjadi simbol dedikasi jabatan serta sumber ilmu dan inspirasi untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dan mengingatkan mereka agar menjadikan pengiktirafan itu sebagai pendorong untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

Related Posts

Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

KUCHING – Kerajaan MADANI terus mempamerkan komitmen kukuh dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila bersetuju untuk menentukan satu formula khusus bagi perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

KOTA KINABALU – Seni instalasi dilihat mampu memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah bandar, selain menjadi medium berkesan untuk mendekatkan masyarakat dengan mesej berkaitan kelestarian alam sekitar. Pengerus Installation…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

Premier Sarawak puji usaha pemerkasaan MA63 jadi komitmen utama kerajaan MADANI

Premier Sarawak puji usaha pemerkasaan MA63 jadi komitmen utama kerajaan MADANI

Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

  • By Ithma
  • September 16, 2026
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak