KPDN teliti permohonan semakan APM, sedia panjangkan kepada MOF

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneliti permohonan daripada persatuan dan pengusaha stesen minyak yang memohon agar kadar Mekanisme Harga Automatik (APM) disemak semula khususnya menjelang pelaksanaan penyasaran subsidi RON95.

Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali pihaknya berperanan dalam kawal selia pelesenan sektor peruncitan perkhidmatan bahan api iaitu Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1 dan Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA).

Jelasnya, pihaknya bertanggungjawab memastikan bekalan petrol dan diesel sentiasa mencukupi, selain memastikan produk petroleum bersubsidi dapat dinikmati oleh golongan sasar.

“Dasar dan penentuan harga runcit produk petroleum dan kadar APM adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan (MOF).

“KPDN sedia maklum berhubung permohonan dan rayuan daripada syarikat dan pengusaha stesen-stesen minyak untuk dibuat semakan kadar APM,” katanya semasa sidang media sempena Majlis Penyerahan Kit Jalur Gemilang (Kluster Industri) dan Pelancaran Kempen Love Local di Stesen Minyak Petronas Papar, di sini, pada Ahad.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya sedang mengadakan sesi libat urus bersama persatuan berkaitan dan akan memanjangkan kepada MOF.

“KPDN sedang melaksana sesi libat urus bersama persatuan-persatuan berkaitan dan akan memanjangkan syor dan cadangan kepada MOF dalam masa terdekat.

“Sebaik sahaja kerajaan memutuskan dasar dan mekanisme penyasaran subsidi RON95 kelak, kita yakin agensi pusat iaitu Kementerian Kewangan mempertimbangkan kelulusan kadar baharu semakan APM,” katanya.

Katanya lagi, perkara ini penting bagi memastikan kemampanan perniagaan stesen-stesen dan syarikat-syarikat minyak sekali gus kestabilan perkhidmatan bekalan produk-produk petroleum kepada rakyat.

Terdahulu, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) dan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda) memohon kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 dan menyemak semula APM.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya