Integriti tonggak kewartawanan, AI bantu perkukuh penulisan berita – MPI

KUCHING – Integriti dalam penulisan berita perlu dijadikan pegangan utama setiap wartawan bagi memastikan profesion kewartawanan terus dipercayai dan dihormati masyarakat.

Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong, menegaskan bahawa kewartawanan bukan sekadar menyampaikan maklumat, sebaliknya menuntut kejujuran, tanggungjawab dan ketelusan dalam setiap laporan yang dihasilkan.

“Seorang wartawan mesti berpegang pada integriti kerana inilah nadi yang membezakan antara berita benar dengan khabar angin atau propaganda. Apabila wartawan menulis dengan jujur dan beretika, mereka bukan sahaja menyalurkan maklumat, tetapi turut membina keyakinan masyarakat terhadap media,” katanya.

Menurut beliau, peranan wartawan yang berintegriti juga berbeza dengan warganet biasa yang hanya menyebarkan maklumat tanpa penelitian.

“Wartawan profesional melakukan semakan fakta, memahami konteks, mendapatkan pandangan pelbagai pihak dan menulis dengan tanggungjawab. Sedangkan warganet hanya berkongsi maklumat tanpa memastikan kesahihannya.

“Inilah garis pemisah yang jelas antara kewartawanan sebenar dengan penyebaran maklumat semata-mata,” tegasnya ketika berkongsi ilmu pada Pewarta Business Writing Workshop dianjurkan oleh Pertubuhan Wartawan Bebas Kuching (Pewarta) pada Sabtu.

Dalam era digital masa kini, wartawan berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk ledakan maklumat, tekanan masa dan keperluan menghasilkan berita perniagaan yang lebih analitikal serta bersifat global.

“Di sinilah kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan sebagai alat sokongan. Teknologi AI mampu membantu wartawan mencari data pantas, menganalisis laporan pasaran dan menstrukturkan penulisan berita perniagaan dengan lebih efisien. Namun, unsur integriti dan sentuhan manusia tetap menjadi teras yang tidak boleh digantikan,” jelasnya.

Yong menambah, AI seharusnya dilihat sebagai rakan strategik yang dapat memperkukuh keupayaan wartawan, bukannya ancaman kepada profesion.

“Dengan bimbingan dan semangat kewartawanan yang tinggi, wartawan boleh menggunakan AI untuk mempercepatkan proses penulisan, tetapi tetap mengekalkan kawalan editorial agar laporan berita kekal tepat, seimbang dan memberi pencerahan kepada masyarakat,” ujarnya.

Katanya lagi, wartawan berperanan penting sebagai jambatan ilmu kepada rakyat, manakala integriti kewartawanan pula menjadi benteng bagi memastikan berita yang diterbitkan benar-benar memberi manfaat serta mencerminkan realiti sebenar.

“Integriti adalah roh kewartawanan, dan AI pula ialah alat yang boleh membantu kita bergerak lebih pantas. Apabila kedua-duanya digabungkan dengan baik, ia akan mengangkat mutu penulisan berita perniagaan ke tahap yang lebih tinggi,” tegas beliau.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU