Perjuangan isu rakyat Palestin bukan sekadar soal kemanusiaan namun tuntutan agama

KUALA LUMPUR – Kesengsaraan rakyat Palestin bukan sekadar isu politik negara-negara Arab tetapi isu kemanusiaan dan keimanan yang perlu dipamerkan oleh setiap masyarakat Islam.

Penegasan itu ditekankan dalam khutbah Jumaat bertajuk ‘Luka Gaza, Duka Umat Sejagat’ yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP).

Menurut teks khutbah berkenaan, kezaliman zionis Israel sangatlah jelas dan golongan terbabit tidak segan lagi memijak maruah umat Islam secara habis-habisan.

Malah katanya, data menunjukkan 61,805 rakyat Gaza telah terbunuh sepanjang peperangan dan fakta itu membuktikan perkara itu bukan lagi sekadar kerosakan akibat perang namun pemadaman sebuah kehidupan secara terancang.

“Bayangkan puluhan ribu jiwa yang melayang. Lebih dahsyat sebahagian besar mereka terdiri daripada anak-anak kecil, wanita malah petugas media yang tiada kepentingan juga turut terkorban. Rejim Zionis tidak lagi malu untuk menunjukkan sifat syaitan mereka ke khalayak umum.

“Marilah kita bertanya pada diri kita. Di mana Palestin di hati kita? Adakah ia sekadar isu kemanusiaan? Mengapa kita sebagai muslim di Malaysia perlu cakna dengannya? Ketahuilah, Palestin bukan sekadar sebidang tanah. Tanah ini (Palestin) ialah bumi para Anbiya, tanah suci pilihan Allah SWT yang menjadi saksi akan jejak langkah para nabi yang diutuskan,” katanya.

Khutbah Jumaat turut menyatakan bahawa Palestin merupakan destinasi junjungan besar Baginda SAW sebelum diangkat menghadap Allah di Sidratul Muntaha, mengimamkan solat para anbiya di Masjid al-Aqsa.

“Tambahan pula, umat Islam pada awalnya diperintahkan Allah SWT untuk menghadap Masjid Al-Aqsa sebagai kiblat sebelum dimansuhkan hukumnya dan Kaabah menjadi kiblat umat Islam sehingga kini.

“Bahkan, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa,” katanya.

Berdasarkan fakta tersebut, teks berkenaan menegaskan bahawa isu Palestin perlu menjadi keutamaan umat Islam dan solidariti terhadap negara terbabit tidak hanya terhenti sekadar kemanusiaan tetapi perlu bertunjangkan keimanan.

“Jika kita percaya isu Gaza ini isu keimanan,  iman tidak hanya disimpan di dalam hati tetapi iman menuntut tindakan. Ada  beberapa langkah yang boleh kita ambil sebagai tanda solidariti kita terhadap isu Gaza ini. Antaranya, menjadi penyampai kebenaran. Setiap kita mempunyai media  sosial yang kita lawati setiap hari.

“Teknologi yang ada biarlah menjadi lubuk pahala dengan mencetuskan gelombang melawan pembohongan dan propaganda musuh dengan fakta sahih. Gunakan media sosial bukan untuk meluah emosi kosong, tetapi untuk mendidik masyarakat.

“Kongsikan data kekejaman yang berlaku di Palestin. Jangan biarkan dunia lupa. Suara kita adalah senjata untuk melawan naratif palsu mereka,” katanya.

Selain itu, teks khutbah Jumaat itu turut mencadangkan, keperluan merancakkan  bantuan-bantuan fizikal dan berinfak menerusi saluran dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terbukti auditnya sampai ke penduduk Palestin.

Katanya, umat Islam tidak harus berhenti dalam menitipkan doa serta membuat Qunut Nazilah berikutan tindakan itu adalah senjata paling ampuh dalam membantu rakyat di Gaza

“Tadahlah tangan kita berdoa dengan sepenuh keyakinan. Minta kekuatan untuk mereka dan minta kehancuran bagi musuh yang zalim. Doa adalah bukti pergantungan kita kepada Yang Maha Kuasa.

“Terakhir, bantuan terbesar untuk Palestin adalah dengan kita menjadi Muslim yang lebih kuat. Dirikan solat dengan sebenar-benarnya, perbanyakkan taubat serta eratkan perpaduan sesama kita.

“Umat yang  berpecah adalah umat yang lemah. Kemenangan Palestin bermula dengan kemenangan kita melawan nafsu dan kelemahan diri sendiri. Umat yang kuat lahir dari individu yang bertakwa. Jangan kita berputus asa membantu umat Islam,” katanya.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar