Polis pantau rapi SMKA Tun Datu Mustapha susulan desas-desus perhimpunan

PAPAR – Polis memperketat kawalan di persekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan Kinarut, berikutan desas-desus tular di media sosial sejak semalam mengenai kemungkinan berlakunya perhimpunan di kawasan itu.

Seawal pagi, keadaan di sekitar sekolah dilaporkan terkawal dengan kehadiran anggota keselamatan yang membuat pemantauan rapi, manakala laluan pintas Limauan kelihatan lengang tanpa sebarang tanda perhimpunan.

Hanya kenderaan guru serta pegawai bertugas dilihat keluar masuk seperti biasa.

Tinjauan oleh wartawan TMP pada sebelah petang Jumaat pula mendapati beberapa individu berada di jalan besar berhampiran simpang masuk sekolah, namun mereka memaklumkan hanya menunggu wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Difahamkan, desas-desus mengenai perhimpunan dikaitkan dengan perhatian awam terhadap kes kematian pelajar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, suasana di kawasan sekolah kekal tenang tanpa sebarang perhimpunan orang awam.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar