Tiada kutipan derma untuk ibu Zara, pasukan guaman jalankan kes secara pro bono

KOTA KINABALU – Tiada sebarang kutipan derma dilakukan bagi ibu Zara sendiri, termasuk untuk membayar yuran guaman, kerana kes tersebut dikendalikan secara pro bono atau percuma.

Pasukan guaman diketuai Hamid Ismail yang mewakili ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina menjelaskan isu yang tular di media sosial berhubung nombor akaun bank anak guam kononnya digunakan untuk mengutip derma bagi tujuan peribadi dan pembayaran khidmat guaman adalah tidak benar.

“Kami menyatakan bahawa anak guam kami tidak ada membuat sebarang kutipan derma ketika ini sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk membayar yuran guaman kami.

“Perkhidmatan guaman kami adalah secara pro bono atau percuma,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Tambah mereka, nombor akaun yang pernah tersebar sebelum ini hanyalah digunakan beberapa hari selepas kematian Zara untuk menerima sumbangan orang ramai kepada anak guam mereka, namun kutipan itu telah dihentikan tidak lama kemudian.

Mereka turut menjelaskan bahawa sebarang bentuk sumbangan hanya akan diterima secara fizikal oleh anak guam sendiri atau melalui wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi kuasa.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman