ASEAN berpotensi jadi pemacu pertumbuhan ekonomi serantau – MITI

MALAYSIA melihat ASEAN sebagai sebuah rantau yang mempunyai potensi besar dan belum dimanfaatkan sepenuhnya, serta berupaya menjadi pemacu pertumbuhan dan daya tahan ekonomi yang dinamik dalam menghadapi ketidaktentuan global, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI, Mastura Ahmad Mustafa berkata, ASEAN bukan sahaja merupakan sebuah pasaran yang besar, malah menjadi sumber inovasi, kreativiti dan tenaga kerja dengan jumlah penduduk yang menghampiri 700 juta orang, dan hampir satu pertiga daripadanya terdiri daripada golongan belia.

“Kelebihan demografi yang kita miliki, berserta pertumbuhan pesat kelas pengguna, peningkatan tahap kesalinghubungan, serta penerimaan teknologi digital yang semakin pesat, memberikan ASEAN kelebihan daya saing yang tersendiri.

“Sekiranya potensi ini dipupuk berasaskan prinsip kemampanan dan keterangkuman, kekuatan yang ada bukan sahaja akan memperkukuh pertumbuhan rantau ini, malah akan meletakkan ASEAN pada kedudukan strategik untuk membentuk masa depan ekonomi global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Makan Malam Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi ASEAN Ketiga (SEOM 3/56) dan Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung malam tadi.

Menurut Mastura lagi, menerusi peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, negara komited untuk memperdalam integrasi serantau, mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan, merangsang pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab, serta memajukan inovasi digital dalam kalangan negara anggota ASEAN.

“Lebih penting, kami turut beriltizam untuk menyediakan peluang kepada semua peringkat perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), agar mereka dapat terlibat secara bermakna dalam pembangunan ekonomi serantau,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, MITI memaklumkan bahawa perbincangan utama dalam Mesyuarat SEOM 3/56 memberi tumpuan kepada Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN 2025, serta perkembangan terbaharu berkaitan Keutamaan Tahunan 2025 yang berada di bawah bidang kuasa Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) dan SEOM.

Selain itu, turut menjadi agenda perbincangan ialah pelaksanaan pelbagai perjanjian di bawah ASEAN, kemajuan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA), serta pelbagai inisiatif dalam agenda kemampanan, termasuk keneutralan karbon, ekonomi kitaran, dan pembangunan Grid Tenaga ASEAN.

MITI turut bertindak selaku tuan rumah bagi Mesyuarat SEOM 3/56 dan Mesyuarat Berkaitan yang diadakan dari 18 hingga 23 Ogos 2025 di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, perbincangan bersama Rakan Dialog ASEAN memberi penekanan terhadap usaha menilai semula kemajuan serta isu utama berhubung pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang sedia ada, di samping membincangkan status pelan tindakan dan pelbagai inisiatif kerjasama ekonomi yang sedang dilaksanakan.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil