Pas hilang arah: Dulu tuduh anti-Islam, kini berpeluk mesra

PAS sekali lagi membuktikan kepada rakyat bahawa mereka bukanlah parti yang konsisten dengan prinsip perjuangan Islam yang sering mereka laungkan. Jika dahulu, pemimpin Pas lantang menuduh tokoh-tokoh seperti P. Ramasamy dan Waytha Moorthy sebagai pelampau, ekstremis dan anti-Islam, hari ini mereka tiba-tiba boleh duduk semeja, bergambar bersama, malah menandatangani perjanjian politik atas nama kerjasama dengan parti Urimai.

Inilah wajah sebenar Pas, politik lidah bercabang.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kita masih ingat bagaimana lidah Pas berbisa menuduh pemimpin bukan Islam sebagai ancaman akidah. Harakahdaily sendiri menjadi medan fitnah apabila Ramasamy dilabel anti-Islam, manakala Waytha Moorthy pula dicadangkan agar digugurkan kerakyatannya kerana dianggap ekstrem.

Ketika itu, Pas kononnya mahu mempertahankan Islam, membakar semangat penyokong dengan slogan jangan jadi pelampau, jangan cabar akidah ummah

Namun, masa berlalu, wajah sebenar Pas terserlah. Parti yang suatu ketika menjerit soal prinsip, kini menghulur tangan mesra kepada kelompok yang sama mereka musuhi. Dengan penuh bangga, kepimpinan Pas menandatangani kerjasama strategik dengan Urimai – seolah-olah segala tuduhan lama sudah dilupakan.

Apakah ini yang dimaksudkan dengan ‘politik matang dan sejahtera’? Atau sebenarnya inilah politik putar belit demi kuasa semata-mata?

Hakikatnya, Pas tidak pernah konsisten. Mereka hanya tahu menakut-nakutkan rakyat dengan momokan agama, tetapi bila kuasa dan kedudukan jadi taruhan, segala prinsip ditolak ke tepi.

Hari ini mereka bersekongkol dengan pihak yang pernah digelar musuh Islam. Esok siapa pula? Parti komunis? Zionis? Segalanya mungkin jika kuasa jadi kiblat politik.

Berbeza dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari awal, Kerajaan MADANI jelas dan konsisten – membina jambatan perpaduan tanpa memilih kaum dan agama, bukan berpura-pura mengkafirkan lawan kemudian berpusing 360 darjah bila ada peluang politik.

Inilah beza Kerajaan MADANI dengan Pas.

MADANI konsisten bawa keharmonian.

Pas flip-flop, sanggup jual maruah demi kuasa.

Rakyat sudah celik. Penyokong Pas sendiri kini mula bertanya, mana perginya prinsip perjuangan Islam yang kononnya dipertahankan dahulu?

Realitinya, Pas hari ini hanyalah parti oportunis. Dulu marah, kini mesra. Dulu kafirkan, kini berpelukan. Dulu kononnya pejuang Islam, kini hanyalah pedagang politik yang menjual agama untuk kuasa.

Paw bukan lagi Parti Islam Se-Malaysia. Pas kini Parti Angkat Slogan.

Itulah wajah sebenar Pas. Dan rakyat Malaysia, terutama anak muda, harus sedar – jangan lagi terpedaya dengan topeng agama yang dipakai oleh lebai politik yang sudah hilang arah.

“Kalu kabo Pas kaki lebong, set walaun maroh hanyar, tapi mende hok betul, dok sungguh. Pas suka-suka die je putor belit ugama untuk puok die.”

Related Posts

Pendaratan ikan Terengganu: Peruntukan besar belum menjawab soal hasil

ISU bot nelayan Terengganu yang menangkap ikan di perairan negeri tetapi mendaratkan hasil di Kelantan atau Pahang kembali menimbulkan persoalan tentang keberkesanan usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah infrastruktur perikanan. Penjelasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadi seru perpaduan, tetapi hujah politiknya perlu dibuktikan

TULISAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk “Perpaduan Ummah Melayu Memimpin Malaysia” mengangkat mesej yang mudah diterima: Umat Islam perlu bersatu, pemimpin wajib amanah dan keadilan mesti diberikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji

Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji